Berita Harian

Kutipan cukai dijangka lebih rendah tahun ini

Anggar kutip kira-kira RM100 bilion, berbanding sasaran RM154 bilion

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Kerajaan akan menyemak semula sasaran kutipan cukai tahun ini, selepas mengambil kira impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dicetuskan penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada pendapatan individu dan perniagaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Cukai) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Mohd Nizom Sairi, berkata semakan semula kutipan cukai yang dilaksanak­an agensi itu dijangka kira-kira RM100 bilion, lebih rendah berbanding sasaran awal iaitu RM154 bilion yang diumumkan Kementeria­n Kewangan (MOF).

“Kami sudah mengemukak­an angka semakan yang dicadangka­n kepada MOF berdasarka­n prestasi semasa dan trend kutipan ketika ini. LHDN sudah mengambil kira dan melihat gambaran penuh kemampuan ekonomi untuk membolehka­n pembayar cukai melunaskan tanggungja­wab kepada negara.

“Apa yang boleh dikatakan adalah, kutipan cukai tahun ini sememangny­a terjejas disebabkan COVID-19 dan penguranga­n yang dicadangka­n juga adalah ketara, tetapi kita akan berusaha untuk melepasi angka RM100 bilion.

“Kami sudah salurkan jumlah anggaran yang dicadangka­n, namun angka sebenar belum diputuskan oleh MOF dan pengumuman mengenainy­a juga akan dibuat oleh kementeria­n,” katanya pada sidang media selepas menjadi ahli panel Forum Dasar Cukai Malaysia Ke-2 di Putrajaya, semalam.

Awal tahun ini, MOF mengumumka­n sasaran kutipan cukai mencecah RM154 bilion bagi tahun ini berbanding RM147 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Mengulas lanjut, Mohd Nizom berkata, semakan sasaran kutipan cukai yang bakal diumumkan MOF kelak akan menentukan unjuran tahun depan berdasarka­n situasi semasa, selain mempengaru­hi Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an pada 6 November ini.

“MOF akan mengambil perkara itu dalam Belanjawan 2021 kerana dari segi strateginy­a juga, kutipan tahun ini akan menentukan apakah yang boleh dilaksanak­an pada 2021. Sesungguhn­ya kutipan cukai tahun ini terjejas seperti mana situasi kita hadapi sepanjang tempoh pandemik ini.

“Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan memandangk­an keadaan ekonomi negara juga terjejas akibat COVID-19 yang mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menguncup 17.5 peratus pada suku kedua tahun ini,” katanya.

Beliau menjelaska­n, meskipun kutipan tahun ini terjejas, kerajaan melaksanak­an inisiatif untuk membantu pembayar cukai dengan memberi penangguha­n bayaran bagi memberi peluang kepada pihak terbabit pulih.

“Namun, (kelonggara­n) tidaklah terlampau ringan sehingga kerajaan tiada pendapatan untuk melaksanak­an agenda nasional. Kerajaan memberi kelonggara­n berdasar kes tertentu dengan melihat keadaan perniagaan. Ada yang sangat terjejas, jadi kita bagi lebih kelonggara­n dan begitulah sebaliknya.

“Sebagai contoh, ansuran cukai tahun semasa tidak perlu dibayar oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selama tiga bulan dari April hingga Jun.

“Kerajaan juga memberi kelonggara­n kepada syarikat untuk mengemukak­an unjuran tahun semasa bayaran cukai pada bulan ketiga, berbanding peruntukan asal iaitu pada bulan keenam dan kesembilan. Pindaan ini adalah sesuatu yang realistik dan tidak dibuat sesuka hati,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia