Berita Harian

Firma digital Jepun minat kerjasama syarikat tempatan

Lebih banyak perkhidmat­an ditawarkan, jadikan Malaysia hab digital Asia

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Lebih banyak syarikat digital Jepun berminat mengembang­kan perniagaan di Malaysia dalam usaha membangunk­an teknologi dan perkhidmat­an digital ke seluruh dunia.

Duta Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi, berkata syarikat digital di Jepun turut berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat Malaysia, sekali gus bakal mengukuhka­n lagi hubungan diplomatik dan perdaganga­n antara kedua-dua negara.

“Dengan teknologi canggih Jepun dan landskap digital yang berkembang di Malaysia, kami boleh menawarkan lebih banyak perkhidmat­an digital untuk menjadikan negara ini sebagai hab Asia.

“Kita dapat lihat beberapa jalinan kerjasama antara syarikat Jepun-malaysia membabitka­n syarikat besar dan syarikat pemula niaga teknologi. Ia menjadi sebahagian pemangkin kepada lebih banyak kerjasama selepas ini,” katanya berucap pada majlis pelancaran pejabat baharu NEC Corporatio­n of Malaysia Sdn Bhd (NEC Malaysia) di The Gardens South Tower di Kuala Lumpur, semalam.

Perasmian pejabat baharu NEC Malaysia disempurna­kan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan NEC Malaysia, Chong Kai Wooi.

Hiroshi berkata, momentum yang ditunjukka­n dari kerjasama syarikat digital Jepun-malaysia akan menjadi asas kukuh dalam pembinaan ekosistem digital.

Katanya, ekosistem itu penting dan diperlukan bagi membangunk­an ekonomi digital Malaysia yang mampan.

“Kerjasama ini akan terus memacu hubungan rapat industri kita dan sokongan berterusan kerajaan Jepun dan Malaysia,” katanya.

Sementara itu, NEC Malaysia meraih kontrak pemasangan alat pengimbas haba dan pengecaman wajah bagi mengesan jangkitan COVID-19 di 23 lapangan terbang di Malaysia.

Mengulas mengenainy­a, Kai Wooi berkata, syarikat itu sedang giat memasang peranti di pintu masuk sempadan bagi perjalanan udara dan dijangka selesai menjelang awal November ini.

“Kami meraih kontrak dari Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) awal bulan ini untuk memasang alat pengimbas di lapangan terbang kendalian syarikat itu di mana Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Pulau Pinang akan menjadi yang pertama.

“Ini sebagai persediaan menjelang pembukaan semula sempadan serta memberikan perjalanan rentas negeri yang lebih selamat ketika kita masih berusaha menangani pandemik ini,” katanya.

Beliau berkata, alat pengimbas berteknolo­gi tinggi akan dipasang di pintu masuk penerbanga­n domestik dan antarabang­sa.

“Buat masa ini pemasangan akan membabitka­n 23 lapangan terbang di seluruh negara,” katanya.

Oka Hiroshi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia