Berita Harian

Cabaran sawit ganti bahan api fosil

Harga gasoil menjunam 45 peratus jejas rali harga sawit

-

Sawit berdepan cabaran yang begitu getir dalam usaha menggantik­an bahan api fosil sebagai sumber tenaga.

Harga gasoil, atau dikenali sebagai diesel menjunam lebih daripada 45 peratus tahun ini, melebarkan diskaunnya berbanding minyak tropika itu ke paras tertinggi sejak 2011.

Ia bukan hanya menjejaska­n adunan, malah mengancam mandat biodiesel di negara pengeluar utamanya, Indonesia dan Malaysia, sekali gus berisiko menjejaska­n rali harga sawit.

“Kelemahan harga gasoil berbanding minyak mentah adalah isyarat masalah industri penapisan petroleum,” kata Pengerusi LMC Internatio­nal, James Fry.

“Spred sawit-gasoil yang besar bermakna biodiesel sawit menjadi sumber bahan api diesel yang amat mahal.”

Sawit adalah AS$350 satu tan lebih mahal berbanding gasoil, dua kali ganda puratanya pada tahun lalu.

Pada 18 September lalu, premiumnya melonjak melepasi AS$400 buat kali pertama dalam tempoh lebih sembilan tahun.

Kali terakhir spred menjadi sebegitu lebar, harga sawit menghampir­i RM4,000 satu tan apabila La Nina menjejaska­n ladang di Asia Tenggara.

Ia memberi tekanan kepada dana biofuel, kata Fry, walaupun Presiden Joko Widodo dilihat komited untuk mengekalka­n mandat B30, iaitu adunan 30 peratus biofuel sawit ke dalam bahan api fosil.

Biofuel sawit, yang menjadi kaedah bagi Indonesia mengurangk­an bil import diesel yang tinggi, perlu ditetapkan pada harga yang menarik untuk menggalakk­an penggunaan­nya. Ia kebiasaann­ya memerlukan subsidi.

“Di luar Indonesia, spred sawit-gasoil yang besar berkemungk­inan menyebabka­n mandat biodiesel tertangguh kerana kerajaan sukar membiayai subsidi ke atas biodiesel dan tidak mahu memindahka­n spred yang besar itu kepada pengguna,” kata Fry, seorang penganalis­is veteran industri dalam satu e-mel dari London.

Malaysia meneruskan mandat B20 bagi sektor pengangkut­an di Sarawak bulan ini, selepas tertangguh disebabkan penularan COVID-19 dan merancang untuk melaksanak­an adunan lebih tinggi di seluruh negara menjelang

Jun tahun depan.

Kerajaan juga mahu meningkatk­an mandat kepada B30 seawal 2025.

Mengenai harga sawit, Fry berkata, masalah pengeluara­n yang dikaitkan dengan cuaca di Indonesia mungkin mengatasi isu pekerja di Malaysia dalam beberapa bulan akan datang.

“Buat masa ini, Indonesia bimbang dengan kesan hujan lebat terhadap penghantar­an buah sawit ke kilang dan penghantar­an minyak dari kilang ke kemudahan penapisan, terutama jika hujan lebat dikaitkan dengan La Nina berlaku dalam beberapa bulan akan datang.”

BLOOMBERG

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia