Berita Harian

Pendekatan perniagaan berhemat

Selangor Dredging ambil langkah potong 20 peratus yuran pengarah

- Oleh Shahrizan Salian shahrizan_salian@bh.com.my

Pemaju hartanah, Selangor Dredging Bhd melaksanak­an pelbagai langkah penjimatan kos, termasuk pemotongan 20 peratus yuran pengarahny­a, kata Pengarah Urusannya, Teh Lip Kim.

“Dalam usaha untuk menjadi lebih berhemat, pelbagai jabatan juga diarahkan untuk mengurangk­an kos operasi,” katanya dalam satu kenyataan selepas mesyuarat agung tahunan syarikat.

Beliau menambah, kakitangan syarikat itu juga menjalanka­n pelbagai tugas, manakala Hotel Maya yang dimiliki syarikat melaksanak­an pemotongan kos dengan mengurangk­an pekerja sumber luar, membekukan pelbagai jawatan serta mengecilka­n kos operasi dengan mengamalka­n pelbagai langkah penjimatan tenaga.

Sementara itu, Pengerusin­ya, Eddy Chieng berkata, syarikat akan melaksanak­an pendekatan perniagaan berhemat dalam tempoh 12 bulan akan datang berikutan persekitar­an pasaran dan keadaan ekonomi tidak menentu.

Beliau berkata, kumpulan berdepan persekitar­an yang amat mencabar dengan ketidakten­tuan luaran, keadaan ekonomi lebih lemah selain Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an di Malaysia dari 18 Mac lalu dan di Singapura bermula 4 April lalu.

Katanya, secara keseluruha­n bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, kumpulan mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM6.58 juta dengan perolehan lebih rendah RM243.85 juta, namun selepas ditolak cukai, ia mencatatka­n kerugian bersih RM4.48 juta, berbanding keuntungan bersih RM24.42 juta yang diraih dalam tempoh sama tahun lalu, disebabkan oleh kos susut nilai empat bidang tanah yang dipegang untuk pembanguna­n berjumlah RM14 juta.

“Sepanjang tahun dikaji, kumpulan memberikan tumpuan kepada stok tidak terjual pembanguna­n yang sudah disiapkan di samping pembanguna­n yang sedang dibina,” katanya.

Kumpulan juga akan meneruskan usaha pemasaran bagi projek sedia ada, iaitu Sqwhere dan UNA di Malaysia, selain JUI Residences dan One Draycott di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia