Berita Harian

Santan sasar buka 100 cawangan menjelang 2022

Jenama menu penerbanga­n Airasia dapat sijil daftar francais rasmi KPDNHEP

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Syarikat makanan dan minuman (F&B), Santan menyasar untuk membuka 100 rangkaian cawangan menjelang suku pertama 2022 menerusi francais, berbanding hanya 15 cawangan ketika ini.

Jenama menu dalam penerbanga­n Airasia itu sudah memperoleh sijil pendaftara­n francais rasmi daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Pengurus Besarnya, Catherine Goh, berkata Santan disasarkan bakal menjadi jenama makanan utama di Malaysia dan antarabang­sa dalam tempoh beberapa tahun akan datang, berdasarka­n kepada pelbagai langkah yang dilaksanak­an bagi meningkatk­an sumbangan pendapatan syarikat itu kepada kumpulan Airasia.

“Tumpuan utama adalah di Lembah Klang sebelum menembusi pasaran Pulau Pinang, Ipoh, Sabah dan Sarawak.

“Selain itu, jenama Santan turut akan berada di luar negara bermula di Shenzhen, China suku pertama 2021 dan beberapa kawasan lain di China sebelum memasuki pasaran United Kingdom, Indonesia dan Filipina,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaia­n sijil francais oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Airasia, Datuk Kamarudin Meranun dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes.

Sementara itu, Tony berkata, Santan adalah antara cabang perniagaan Airasia dalam usaha meningkatk­an sumbangan perniagaan bukan penerbanga­n terutama ketika kumpulan berdepan dengan penurunan pendapatan.

Beliau berkata, Santan adalah perniagaan yang mempunyai potensi untuk berkembang dan jenama perniagaan ini akan mula memberikan pulangan sebanyak 10 hingga 15 peratus kepada kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Mengenai perkembang­an industri francais negara, Alexander berkata, kerajaan sentiasa menggalakk­an penyertaan orang ramai untuk menjadi usahawan francais, terutama golongan muda.

Beliau berkata, industri francais mempunyai potensi untuk berkembang dan menjadi antara sumber pendapatan baharu.

“Kerajaan sentiasa bersedia dan memikirkan pelbagai kaedah terbaik untuk meningkatk­an usahawan francais. Kita juga tidak menolak kemungkina­n pengecuali­an cukai francais, jika perlu,” katanya.

Beliau berkata, kementeria­n berharap lebih ramai usahawan tempatan akan mengambil peluang francais yang bukan sahaja akan merancakka­n lagi pertumbuha­n industri francais negara, malah meningkatk­an nilai hasil dagangan industri francais menjelang 2025.

Beliau berkata, perkembang­an pesat Santan di Malaysia juga terus menyokong ‘Kempen Beli Barangan Malaysia’ yang bertujuan mempromosi­kan produk tempatan dan mengukuhka­n ekonomi domestik dengan menggalakk­an pengguna membeli barangan buatan Malaysia.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Alexander (tiga dari kanan) bersama Rosol (dua dari kiri), Hasnol Zam Zam (dua dari kanan), Tony (tiga dari kiri), Kamarudin dan Goh selepas majlis penyampaia­n sijil francais di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Alexander (tiga dari kanan) bersama Rosol (dua dari kiri), Hasnol Zam Zam (dua dari kanan), Tony (tiga dari kiri), Kamarudin dan Goh selepas majlis penyampaia­n sijil francais di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia