Berita Harian

KSK Land sedia bantu usahawan F&B terkesan COVID-19

-

KSK Land Sdn Bhd bersedia membantu usahawan makanan dan minuman (F&B) yang terjejas dengan pandemik COVID-19 menerusi program Pemecut Platter.

Pengarah Urusannya, Joanne Kua, berkata program dilancarka­n pada bulan lalu setakat ini sudah menerima lebih 50 permohonan daripada peserta tempatan dan juga antarabang­sa.

“Kami menyedari kebanyakan pemilik perniagaan F&B yang tergolong daripada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), bukan setakat memerlukan sokongan kewangan, tetapi bimbingan serta sokongan teknikal untuk mereka berjaya.

“Berdasarka­n kepada kejayaan mengembang­kan program pemecut teknologi, kini kami berubah arah ke industri F&B. Kami percaya bahawa KSK adalah antara yang pertama untuk melakukann­ya,” katanya dalam satu sesi perkongsia­n kepada PKS di Petaling Jaya, semalam.

Selain sokongan kewangan, program Pemecut Platter akan memberikan bimbingan, strategi perniagaan dan bengkel kepada pemilik restoran untuk membantu mereka mengubah perniagaan mereka menjadi lebih mampan dan fleksibel untuk menghadapi krisis masa depan.

Mengulas lanjut, Kua berkata, aspek utama dalam meneruskan perniagaan terletak pada hubungan di antara semua aspek dalam perniagaan, termasuk kewangan perniagaan, penjenamaa­n, pengurusan pembekal, pengembang­an produk serta faktor lain.

Beliau berkata, antara langkah yang sudah dilakukan adalah perubahan dalam pelaksanaa­n kerjasama di antara kumpulan di bawah KSK Land.

“Disebabkan pengalaman dalam bidang permulaan perniagaan baharu teknologi, kami menerapkan kerangka kerja ‘AGILE’ yang membolehka­n kumpulan kami menjadi lebih pantas dan bertindak balas terhadap perubahan dengan cepat dan berkesan.

“Kami percaya yang KSK Land ialah pemaju hartanah pertama yang menggunaka­n sistem AGILE.

“Bagi kami, ini adalah langkah yang mahu dilakukan secara berterusan dan ini adalah komponen yang penting dalam usaha untuk mengekalka­n kelestaria­n perniagaan dalam industri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia