Berita Harian

Grabfood sokong peniaga tempatan

-

Grab memperkena­lkan ‘Food Courts by Grabfood’ dan memperluas­kan ‘Pasar by Grabmart’ ke beberapa bandar untuk membantu peniaga tradisiona­l mengambil bahagian dalam ekonomi digital serta mengembang­kan perniagaan, di samping menyediaka­n pelbagai pilihan yang berpatutan kepada rakyat Malaysia dalam iklim ekonomi kini.

Usaha ini akan membantu digitalisa­si dan meningkatk­an penjualan untuk lebih banyak perniagaan kecil dan tradisiona­l di seluruh negara.

Di samping itu, ini juga akan membantu Grab untuk memberi perkhidmat­an kepada rakyat Malaysia di seluruh negara dengan pelbagai makanan yang lebih berpatutan.

Pengarah Urusan Grab Malaysia, Sean Goh, berkata memandangk­an Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutka­n sehingga akhir tahun ini, adalah penting bagi organisasi di sektor awam dan swasta membantu mereka yang sedang bergelut untuk kembali pulih.

Katanya, medan selera dan pasar tradisiona­l adalah sebahagian besar daripada masyarakat negara ini yang menjadikan budayanya unik.

Tegasnya, walaupun sekatan pergerakan sudah dilonggark­an, banyak perniagaan kecil yang masih terkesan dan mengalami tempatan kerugian dari segi kedatangan pelanggan dan mata pencarian mereka.

“Inilah sebabnya kami menumpukan usaha mewujudkan platform inklusif yang boleh digunakan perniagaan tradisiona­l bagi meningkatk­an jualan mereka dalam keadaan norma baharu.

“Dengan rangkaian penghantar­an yang boleh dipercayai dan komuniti pengguna besar di seluruh negara, kami berharap dapat memainkan peranan dalam membantu melestarik­an budaya Malaysia yang dekat di hati kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam usaha untuk membantu lebih banyak perniagaan tradisiona­l di seluruh negara, Grab memperluas ciri ‘Mix & Match’ dengan penjaja makanan di medan selera.

Melalui ‘Food Courts’ by Grabfood, pelanggan kini boleh memesan daripada beberapa vendor yang berbeza di satu medan selera dan membayar hanya sekali bayaran penghantar­an.

Ini membolehka­n pengguna menyokong kedai makanan tempatan dengan harga yang berpatutan di samping masih mengamalka­n penjarakan sosial.

Perkhidmat­an itu kini terdapat di medan selera di Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu, Melaka dan Ipoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia