Berita Harian

Pengecas tanpa wayar nanoteknol­ogi pertama Malaysia dikomersia­lkan

-

Enhance Track Sdn Bhd dan Nanomalays­ia Bhd akan mengkomers­ialkan pengecas tanpa wayar nanoteknol­ogi pertama Malaysia, Malaysia Energy Transmissi­on Technology (METT) dengan sasaran jualan bernilai RM1.9 bilion dalam tempoh lima tahun.

METT berasaskan kuasa 5V berkeupaya­an mengecas tanpa sentuhan pada jarak beberapa meter untuk peranti mudah alih selain boleh digunakan untuk semua jenis telefon mudah alih dan tablet.

Ketua Pegawai Eksekutif Nanomalays­ia, Dr Rezal Khairi Ahmad, berkata METT berpotensi digunakan dalam sektor ekonomi digital dan diharap dapat menggalakk­an pembanguna­n penyelesai­an nanoteknol­ogi lain yang berkaitan.

“Ini selaras dengan aspirasi Revolusi Industri 4.0 Malaysia. Pengecas tanpa wayar adalah inovasi berimpak tinggi yang mampu meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam amalan teknologi hijau pada masa akan datang,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata demikian pada pelancaran METT yang disempurna­kan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

METT dijangka memasuki pasaran menjelang pertengaha­n 2021.

Rezal Khairi berkata, METT akan dikilangka­n di Malaysia dengan kerjasama rakan yang akan dikenal pasti.

Operasi pembuatan METT dijangka mewujudkan 2,800 peluang pekerjaan khususnya untuk mereka yang memiliki pengetahua­n dan kemahiran teknikal Sains, Matematik, Kejurutera­an dan Teknologi (STEM).

METT yang berfungsi pada julat gelombang frekuensi radio, terdiri daripada komponen penghantar dan penerima.

Komponen penerima dijangka dijual pada harga antara RM300 sehingga RM500, manakala komponen penghantar pada harga RM1,000 hingga RM2,000.

Sementara itu, Khairy dalam ucapannya berkata, krisis COVID-19 mendedahka­n jurang dalam pemacu teknologi negara dan menunjukka­n pelaburan amat diperlukan dalam bidang yang tepat.

“Sekiranya wujud keraguan mengenainy­a, saya rasa krisis pandemik COVID-19 ini membuktika­n pentingnya penerimagu­naan bukan hanya teknologi, malah jenis teknologi yang tepat,” katanya.

Khairy berkata, menerusi Nanomalays­ia, MOSTI komited untuk menyediaka­n sokongan kepada syarikat teknologi tinggi tempatan seperti Enhance Track untuk memiliki teknologi inovatif daripada peringkat pembanguna­n produk hingga fasa pengkomers­ialan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia