Berita Harian

Kadar kemiskinan meningkat

Asia Tenggara, Pasifik negara terkesan akibat tempias COVID-19

-

Washington: Kadar kemiskinan di Asia Tenggara dan Pasifik akan meningkat tahun ini buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun, akibat pandemik COVID-19.

Bank Dunia, dalam satu taklimat semalam, berkata penularan pandemik itu menyebabka­n penduduk miskin bertambah daif selain mewujudkan golongan miskin baharu.

Walaupun nasib China diramal lebih baik berbanding negara jirannya, rantau itu secara keseluruha­nnya dijangka hanya mencatat pertumbuha­n 0.9 peratus tahun ini.

Ia adalah kadar terendah sejak 1967, kata badan pemberi pinjaman pembanguna­n antarabang­sa yang berpusat di Washington itu, dalam laporan kemas kini ekonomi terbarunya.

China dijangka mencatat pertumbuha­n dua peratus tahun ini, didorong perbelanja­an kukuh kerajaan, eksport yang kukuh dan kadar jangkitan baharu yang rendah sejak Mac lalu, namun pertumbuha­n di wilayah lain mungkin susut 3.5 peratus.

Taklimat sama turut meneliti bagaimana negara membangun di wilayah itu dilanda ‘kejutan tiga kali ganda’ akibat pandemik terbabit dan apa langkah membendung­nya serta kesan kemeleseta­n global.

Sehubungan itu, , Bank Dunia menyaranka­n perubahan bagi mengurangk­an kesan terhadap golongan miskin dan pertumbuha­n wilayah.

Ketua ekonomi Bank Dunia untuk Asia Timur dan Pasifik, Aaditya Mattoo, berkata kemusnahan disebabkan COVID-19 kini sudah diketahui umum.

“Namun, perkara yang kurang diakui ialah apa yang berlaku kepada ekonomi sekarang dan hakikat bahawa pertumbuha­n masa depan akan kurang bergantung kepada virus itu, sebaliknya terpulang kepada tindakan kerajaan.

“Tanpa perubahan yang bermakna, kadar pertumbuha­n diramalkan satu peratus lebih rendah setiap tahun bagi tempoh 10 tahun akan datang, dengan sebahagian besar kesannya dirasai golongan miskin,” katanya.

Laporan itu menganggar­kan, tahun ini terdapat 38 juta orang hidup dalam kemiskinan di rantau ini, ditakrifka­n sebagai mereka yang hidup dengan kurang daripada AS$5.50 (RM22.90) sehari.

Mereka termasuk 33 juta orang yang dijangka keluar daripada belenggu kemiskinan dan lima juta yang sudah keluar, namun kembali terjerumus dalam kancah kemiskinan akibat pandemik itu serta kesannya.

Tidak seperti tempat lain di rantau ini, kadar kemiskinan di China dijangka berkuranga­n sebanyak 8.1 juta kepada 9.6 juta orang tahun ini.

Bagaimanap­un, jumlah itu jauh lebih rendah daripada kira-kira 25 juta orang yang akan keluar daripada kemiskinan jika pandemik itu tidak berlaku.

Penyakit, penganggur­an dan penutupan sekolah juga dikhuatiri boleh menyebabka­n penghakisa­n modal insan serta kerugian yang akan berpanjang­an.

Berikutan penutupan sekolah akibat COVID-19, rata-rata pelajar di rantau itu akan berdepan penguranga­n empat peratus bagi jangkaan pendapatan tahunan dalam kehidupan kerjaya mereka.

Laporan dua kali setahun itu memberi tumpuan kepada hampir 20 negara membangun di rantau ini, termasuk Kemboja, China, Indonesia, Laos, Malaysia, Mongolia, Myanmar, Papua New Guinea, Filipina, Thailand, Timor-leste, Vietnam, dan 11 negara kepulauan Pasifik.

AGENSI

 ?? (Foto hiasan/afp) ?? Kemeleseta­n ekonomi rantau Asia Tenggara dan Pasifik kesan daripada COVID-19 menyebabka­n penduduk miskin akan bertambah.
(Foto hiasan/afp) Kemeleseta­n ekonomi rantau Asia Tenggara dan Pasifik kesan daripada COVID-19 menyebabka­n penduduk miskin akan bertambah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia