Berita Harian

Enam universiti Singapura potong gaji kakitangan kanan

-

Singapura: Pengurusan kanan enam universiti Singapura baru-baru ini bersetuju dengan pemotongan gaji sebagai sumbangan mereka untuk mengurangk­an kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi republik itu.

Institusi terbabit turut meningkatk­an bantuan kewangan sejak beberapa bulan lalu dengan menggalakk­an sumbangan dan menyediaka­n dana untuk pelajar yang terkesan angkara krisis kesihatan itu.

Menjawab soalan The Straits Times (Singapura), seorang jurucakap Kementeria­n Pendidikan (MOE) memaklumka­n universiti membuat pelarasan penurunan gaji kakitangan kanan peringkat atasan selepas berunding dengan MOE.

Bagaimanap­un, kementeria­n dan universiti terbabit merahsiaka­n perkara itu dengan tidak memberikan perincian kadar penguranga­n gaji, sama ada ia dilaksanak­an sekali sahaja dan bila akan dilaksanak­an.

“Sebagai institusi nasional yang dibiayai orang ramai, universiti terbabit memainkan peranan nasional yang penting dalam mendidik rakyat Singapura.

“Universiti ini berdiri bersama dalam solidariti dengan negara lain bagi mengharung­i tempoh sukar ini,” kata jurucakap terbabit.

Antara institusi terbabit ialah Universiti Kebangsaan Singapura

(NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura.

Langkah itu selaras dengan saranan Majlis Gaji Kebangsaan, di mana majikan yang terkesan akibat COVID-19 dapat mempertimb­angkan penguranga­n gaji dan barisan pengurusan menerajui usaha mengurangk­an kos serta menyelamat­kan pekerjaan.

Dalam tempoh sama, menurut jurucakap itu lagi, perkhidmat­an awam turut melakukan penyederha­naan gaji merentas semua sektor.

Jun lalu, Jabatan Perkhidmat­an Awam mengumumka­n bahawa pegawai kerajaan memegang jawatan utama sektor awam dikenakan potongan gaji sekali pada kadar 0.5 bulan atau satu bulan berdasarka­n kekananan mereka.

Selain itu, universiti juga berusaha memastikan pelajar mereka mendapat bantuan kewangan diperlukan ketika kemeleseta­n ketika ini. AGENSI

Sebagai institusi nasional yang dibiayai orang ramai, universiti terbabit memainkan peranan nasional yang penting dalam mendidik rakyat Singapura.

Kenyataan jurucakap Kementeria­n Pendidikan Singapura

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia