Berita Harian

120 juta kit ujian virus pantas untuk negara miskin

Berharga RM20 satu, jika WHO mampu cari dana

-

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mahu menyediaka­n 120 juta kit ujian pantas COVID-19 bagi negara miskin pada harga AS$5 (RM20) setiap satu jika badan itu dapat mencari dana.

WHO berkata, skim bernilai AS$600 juta (RM2.5 bilion) itu akan membolehka­n negara berpendapa­tan rendah dan sederhana merapatkan jurang besar bagi ujian COVID-19, yang setakat ini sudah membunuh lebih sejuta orang.

Kit ujian pantas yang diedarkan di 133 negara dalam tempoh enam bulan akan datang itu, walaupun tidak setepat ujian swab reaksi berantai polimerase (PCR) yang biasa, ia jauh lebih pantas, murah dan mudah dilakukan.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, berkata pihaknya sudah memeterai perjanjian dan mempunyai dana awal.

“Kami kini memerlukan sejumlah dana tambahan untuk membeli dan mengedarka­n kit ujian ini,” katanya pada sidang media secara maya.

Minggu lalu, WHO mengeluark­an senarai penggunaan kecemasan yang pertama bagi ujian diagnostik pantas (RDT) berdasarka­n antigen yang berkualiti tinggi, dengan yang lain akan menyusulin­ya.

Kata Tedros, sebilangan besar ujian pantas itu, iaitu 120 juta unit, akan disediakan untuk negara berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Ujian itu memberikan keputusan yang dipercayai dalam masa kira-kira 15 ke 30 minit, berbanding berjam-jam atau berhari-hari lamanya, pada harga lebih rendah, dengan peralatan yang tidak kurang canggih.

Ia akan membolehka­n peningkata­n ujian, terutama di kawasan sukar dicapai dan tidak mempunyai kemudahan makmal atau pekerja kesihatan terlatih yang mencukupi bagi melakukan ujian PCR.

Dana Global untuk memerangi AIDS, batuk kering dan malaria, yang menyertai kerjasama global bagi mencari kaedah diagnostik COVID-19 diterajui WHO, memperuntu­kkan AS$50 juta (RM208.3 juta) daripada dananya untuk tujuan itu.

Pengarah eksekutif Dana Global, Peter Sand, berkata RDT bukan jalan penyelesai­an, tetapi menjadi pelengkap yang sangat

Kami kini memerlukan sejumlah dana tambahan untuk membeli dan mengedarka­n kit ujian ini.

Tedros Adhanom Ghebreyesu­s,

Ketua Pengarah WHO

berharga untuk ujian PCR.

“Walaupun ketepatann­ya agak kurang, ia lebih cepat, murah dan tidak memerlukan makmal,” katanya. AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia