Berita Harian

Jangkitan wabak dikesan di 30 universiti seluruh UK

-

London: Lebih 30 universiti di seluruh United Kingdom (UK) melaporkan kes positif COVID-19 sejak penggal pengajian baru bermula awal bulan ini, dengan ribuan pelajar mengasingk­an diri, lapor media tempatan kelmarin.

Tiada angka rasmi daripada kerajaan atau pengawal selia Britain, tetapi menurut laporan agensi berita BBC, kira-kira 40 dari 130 universiti di Britain mencatatka­n kes COVID-19 setakat ini.

Sekurang-kurangnya 33 universiti di Britain kini mengesahka­n kes COVID-19, dengan dua lagi merekodkan kes yang disyaki.

Lebih 717 kes COVID-19 dikenal pasti dalam kalangan pelajar dan kakitangan sejak universiti dibuka semula, lapor Sky

News kelmarin.

Manchester Metropolit­an University meminta kira-kira 1,700 pelajar mengasingk­an diri selepas 127 kes disahkan positif manakala Universiti Glasgow yang mempunyai 172 kes disahkan, mengarahka­n 600 pelajar menjalani kuarantin kendiri.

Kebanyakan universiti di UK sebelum ini menjanjika­n kepada pelajar gabungan pengajaran secara bersemuka dan dalam talian.

Justeru, pelajar kini mempersoal­kan apakah mereka boleh mendapat bayaran balik jika pengajaran hanya dalam talian atau sama ada mereka harus membayar penginapan universiti jika semua pelajaran mereka disampaika­n secara jarak jauh.

Setiausaha pendidikan, Kate Green, memberitah­u BBC bahawa pilihan untuk rebat yuran pelajar seharusnya ‘dinyatakan dengan jelas’.

Sementara itu di Amerika Syarikat (AS), yang juga negara paling teruk terjejas di dunia akibat pandemik COVID-19, hampir 280,000 pelajar sekolah dijangkiti virus itu antara 1 Mac hingga 19 September lalu.

Menurut data terperinci dikeluarka­n kelmarin dalam laporan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, angka itu membabitka­n kira-kira empat peratus daripada keseluruha­n kes dalam tempoh berkenaan.

Secara keseluruha­nnya, seramai 277,285 kanak-kanak dijangkiti; 3,240 dimasukkan ke hospital (1.2 peratus); 404 mendapat rawatan rapi (0.1 peratus) dan 51 meninggal dunia (0.01 peratus).

AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Kakitangan perpustaka­an Universiti Coventry, England menjalanka­n proses nyahcemar ketika permulaan sesi pembelajar­an baharu.
(Foto AFP) Kakitangan perpustaka­an Universiti Coventry, England menjalanka­n proses nyahcemar ketika permulaan sesi pembelajar­an baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia