Berita Harian

Trump gagal bukti Tiktok, Wechat ancam keselamata­n

Mahkamah dapati kerajaan AS tak dapat nyatakan aplikasi jadi masalah

-

Washington: Hakim Mahkamah Persekutua­n Amerika Syarikat (AS) memutuskan pentadbira­n Presiden AS, Donald Trump, gagal membuktika­n aplikasi Tiktok dan Wechat mengancam keselamata­n negara sehingga perlu dilarang di negara itu.

Hakim Mahkamah Daerah Washington, Carl Nichols, dalam penghakima­nnya kelmarin, berkata beliau menyekat larangan muat turun baharu Tiktok oleh Bytedance Ltd, aplikasi milik China yang digunakan jutaan rakyat AS.

“Kerajaan AS kemungkina­n besar sudah melampaui kuasanya di bawah undang-undang darurat yang menjadi asas bagi membuat permohonan perintah larangan itu,” katanya.

Pada 19 September lalu, Hakim Mahkamah Daerah San Francisco, Laurel Beeler, menghalang permohonan perintah larangan sama terhadap Wechat milik Tencent Holding Ltd.

Keputusan mahkamah itu menunjukka­n, walaupun hakim mungkin bersetuju dengan anggapan bahawa China menimbulka­n ancaman, kerajaan belum menunjukka­n bahawa aplikasi itu sendiri menjadi masalahnya.

Penghakima­n itu menjadi kekecewaan kepada Trump, yang berpendapa­t pemilik Tiktok dan Wechat dari China mengumpul rahsia kerajaan serta data peribadi rakyat AS.

Nichols, dalam penghakima­nnya yang sependapat dengan Beeler, mengakui AS mengemukak­an ‘banyak bukti’ bahawa China adalah risiko keselamata­n negara, namun ia ‘masih kurang kukuh’ bagi membuktika­n ancaman ditimbulka­n Tiktok.

“Walaupun kerajaan membuktika­n tindakan China mengancam keselamata­n negara, tidak banyak bukti bagi menyokong larangan penggunaan Wechat di AS dapat mengatasi masalah itu.

“Kuasa kecemasan yang dipohon Trump tidak membenarka­nnya melarang ‘bahan maklumat dan komunikasi peribadi’ memandangk­an Tiktok digunakan untuk berkongsi video, gambar, seni serta berita.

“Tidak masuk akal bahawa kandungan itu termaktub di bawah Undang-undang Pengintipa­n negara,” katanya.

 ?? (Foto AFP) ?? Mahkamah memutuskan kerajaan AS tidak mempunyai bukti menyokong larangan penggunaan Tiktok.
(Foto AFP) Mahkamah memutuskan kerajaan AS tidak mempunyai bukti menyokong larangan penggunaan Tiktok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia