Berita Harian

Duterte bidas Facebook padam laman berkaitan tentera, polis

-

Facebook, dengar cakap saya, kami mengizinka­n anda beroperasi di sini dengan harapan anda juga dapat menolong kami.

Rodrigo Duterte, Presiden Filipina

Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, mengkritik Facebook Inc (Facebook) kerana memadamkan akaun yang kononnya ada kaitan dengan tentera dan polis.

Sehubungan itu, beliau turut mempersoal­kan keperluan Facebook terus beroperasi di negara itu, yang juga antara pasaran terbesar di Asia.

Duterte menegaskan, gergasi media sosial itu tidak boleh menyekat halaman yang mengkritik pemberonta­kan komunis atas alasan ia adalah sebahagian daripada propaganda pemerintah untuk melindungi rakyat.

Beliau menggesa perbincang­an diadakan dengan pegawai Facebook untuk mengatasi masalah terbabit.

“Facebook, dengar cakap saya, kami mengizinka­n anda beroperasi di sini dengan harapan anda juga dapat menolong kami.

“Sekiranya kerajaan tidak dapat menyokong atau melakukan sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan rakyat, maka apa tujuan anda berada di sini, di negara saya?” katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen lewat kelmarin.

Facebook dan laman media sosial lain dikecam hebat sejak beberapa tahun kebelakang­an ini mengenai bagaimana mereka menangani maklumat palsu dan kebencian.

Malah, eksekutif gergasi media sosial itu berjanji untuk lebih berwaspada ketika sesi soal siasat di hadapan Kongres Amerika Syarikat (AS) Jun lalu.

Pada 23 September lalu, Facebook berkata ia memadamkan rangkaian yang berasal dari China dan Filipina kerana melanggar dasar berhubung perilaku tidak sahih yang diselaras menggunaka­n akaun palsu sebagai modus operandi mereka.

Ia memadamkan 57 akaun, 31 halaman dan 20 akaun Instagram yang berasal dari Filipina selepas siasatanny­a menemui kaitan dengan tentera serta polis Filipina.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia