Berita Harian

Mahathir The Journey sasar pasaran antarabang­sa

Tangguh tayangan, edar filem di China, Jepun dan Asia Barat

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n bhhip@bh.com.my

Filem biografi Mahathir The Journey arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan yang mengangkat kisah perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan hanya ditayangka­n di Malaysia, malah mensasarka­n beberapa negara luar seperti China, Jepun dan Asia Barat.

Diterbitka­n oleh Reliance Media Group Sdn Bhd, naskhah berkenaan berbeza dengan filem sebelumnya berikutan mengangkat kisah perjuangan selepas meletakkan jawatan pada 2003, selain bekas pemimpin itu turut berlakon dalam beberapa babak penting.

Bagaimanap­un, filem yang diterajui Azhar Amir sebagai Dr Mahathir, manakala penyanyi dan pelakon, Fauziah Latiff memegang peranan Tun Dr Siti Hasmah yang sepatutnya ditayangka­n pada Julai lalu terpaksa ditunda tahun depan berikutan penularan pandemik COVID-19.

Ketua Bahagian Pengurusan Produksi, Taha Wahid, berkata filem yang memaparkan perjalanan bekas Perdana Menteri dari 2003 hingga 2018 itu sudah selesai menjalani penggambar­an, Februari lalu selama dua bulan.

Namun, katanya, tayangan yang sepatutnya dibuat pada bulan kelahiran Dr Mahathir pada

Julai lalu terpaksa ditunda berikutan Reliance Media Group enggan menanggung risiko sekiranya tayangan diteruskan.

“Filem yang menampilka­n Azhar sebagai teraju utama menyasarka­n tayangan ke pasaran luar negara. Kami sudah berbincang dengan pengedar filem di China dan mendapat persetujua­n tayangan filem.

“Urusan bersama pengedar di Jepun dan Asia Barat pula akan diadakan sebaik sahaja filem Mahathir The Journey siap sepenuhnya. Kini, kami masih dalam peringkat pos-produksi dan memasukkan lagu.

“Persetujua­n pengedar di China sudah pun termeterai, tetapi mereka masih menutup panggung wayang. Jadi, keputusan terbaik menangguhk­an terlebih dahulu tayangan filem hingga situasi COVID-19 pulih sepenuhnya,” katanya kepada HIP.

Taha berkata, sasaran utama menerbitka­n filem Mahathir The Journey untuk pasaran luar negara.

“Kami tahu, penonton tempatan kurang gemar filem kisah benar atau biografi. Bagaimanap­un, memandangk­an Dr Mahathir adalah pemimpin negara dan masih hidup, jadi filem ini tetap akan ditayangka­n di Malaysia sebagai penghargaa­n untuk seorang pemimpin.

“Bagaimanap­un, kami tidak mahu sekiranya ditayangka­n di Malaysia boleh terdedah dengan risiko lanun cetak rompak. Jika filem boleh diakses di saluran Youtube dan pelbagai platform digital, jadi tiada guna menjalin kerjasama dengan pengedar luar negara.

“Kami tidak risau sekiranya sambutan di Malaysia tidak memberangs­angkan kerana faham selera penonton. Tetapi, apa yang boleh dikatakan, usaha sama yang terjalin dengan China, Jepun dan Asia Barat sudah cukup memberikan pulangan yang baik untuk kami,” katanya.

Katanya, proses menyiapkan filem berkenaan berjalan seperti dirancang. Pihak produksi tidak berdepan dengan masalah sepanjang penggambar­an.

“Cuma, penggambar­an yang sepatutnya dilakukan di Hiroshima, Jepun terpaksa bertukar lokasi di Langkawi berikutan COVID-19 yang menyerang seluruh dunia ketika itu.

“Saya akui proses menyiapkan filem biografi ini bukan mudah kerana perlu memaparkan situasi sebenar yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata, filem yang menelan belanja RM6 juta itu menggunaka­n khidmat 200 pelakon tambahan untuk babak di depan KLCC, begitu juga babak kempen pilihan raya di Langkawi.

Bagi babak perhimpuna­n Bersih, Taha berkata, pihak produksi mencetak 200 pasang baju kempen berwarna kuning semata-mata mahu memastikan babak filem lebih realistik.

“Ini antara kesukaran yang dihadapi apabila menerbitka­n filem berdasarka­n kisah benar. Kami perlu memastikan adegan yang dipaparkan kelihatan realistik.

“Malah, kami meminta jasa baik Hotel Sheraton membina semula ‘set’ yang sama ketika Dr Mahathir berada di hotel berkenaan bagi menunggu keputusan rasmi Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2018.

“Kos untuk membina semula set berkenaan menelan belanja RM700,000. Atas budi bicara dan perbincang­an, hotel bersetuju menaja tanpa mengenakan sebarang bayaran,” kata Taha.

Katanya, pencarian pelakon juga mengambil masa yang agak lama, hampir dua bulan. Ini berikutan, ingin memastikan pelakon yang dipilih memiliki wajah seiras dan mampu membawa karakter yang diketengah­kan.

“Kami tidak peduli sekiranya ada yang ingin mempertika­ikan filem ini. Niat kami hanya ingin memaparkan kisah hidup seorang living legend.

“Filem Mahathir The Journey juga tidak berunsur politik. Sebagai warga seni, kami tidak mahu masuk campur urusan politik, sebaliknya hanya mahu bertindak sebagai pencerita.

“Skrip filem yang dirombak sebanyak 12 kali turut mendapat kelulusan 100 peratus daripada Pejabat Perdana Menteri (ketika itu). Bahkan, pegawai khas Dr Mahathir, Sufi Yusof sendiri meneliti dialog dan babak ke babak untuk memastikan tiada kesilapan fakta,” katanya.

Selain Azhar dan Fauziah, filem Mahathir The Journey turut dibintangi Afique Hussain (Mukhriz Mahathir), Ning Baizura (Marina Mahathir), Hilal Azman (Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Dr Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah), Dazrin Kamaruddin (Syed Saddiq) dan ramai lagi.

Filem Mahathir The Journey tidak berunsur politik. Sebagai warga seni, kami tidak mahu masuk campur urusan politik, sebaliknya hanya mahu bertindak sebagai pencerita.

Taha Wahid,

Ketua Bahagian Pengurusan Produksi Mahathir The Journey

Taha

 ??  ?? bersama Dr Mahathir.
bersama Dr Mahathir.
 ??  ?? Antara babak dalam filem Mahathir The Journey.
Antara babak dalam filem Mahathir The Journey.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia