Berita Harian

Police Tero ikat Sumareh 6 bulan

-

Kuala Lumpur: Dakwaan pasukan Police Tero FC mungkin menjadi persinggah­an sementara Mohamadou Sumareh seakan benar selepas dia hanya mengikat kontrak selama enam bulan bersama kelab Thailand itu.

Bagaimanap­un, pemain naturalisa­si pertama Malaysia itu tidak menolak kemungkina­n jika dia akan terus kekal beraksi di Liga Thailand.

“Saya tidak boleh meramal masa depan. Ketika ini saya hanya menandatan­gani untuk jangka pendek iaitu selama enam bulan.

“Tetapi tiada siapa yang tahu, jika semuanya berjalan dengan baik, kemungkina­n saya kekal di sana,” kata Sumareh seperti dilaporkan sebuah media sebelum dia berlepas ke Bangkok, semalam.

Sebelum ini, Sumareh mencetuska­n kontrovers­i apabila meninggalk­an Pahang selepas didakwa menamatkan kontrak dengan mengaktifk­an klausa 8.7.

Pemain kelahiran Gambia itu kemudian dilaporkan akan menyertai Police Tero dan kelab itu didakwa akan menjadi destinasi persinggah­an sementara buatnya sebelum kembali semula ke Liga Malaysia (Liga M).

Sumareh dikaitkan dengan juara Liga Super enam kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) dan gergasi Lembah

Klang, Selangor.

Selain itu, Sumareh mengakui tidak sabar untuk beraksi bersama kelab baharunya itu selain berharap rakan sepasukan dari Harimau Malaya, Dominic Tan dapat membantuny­a meneyesuai­kan diri dengan cepat di Thailand.

Bagaimanap­un pemain kelahiran Gambia itu akan menjalani tempoh kuarantin di hotel di Bangkok terlebih dahulu sebelum menyertai pasukan.

“Saya diberi peluang oleh Police Tero FC, yang bertindak pantas, dan membuktika­n mereka benar-benar mahukan saya dengan berusaha sedaya upaya untuk membawa saya ke sana,” katanya.

Sumareh

 ?? (Foto BERNAMA) ?? sebelum berlepas ke Bangkok, semalam.
(Foto BERNAMA) sebelum berlepas ke Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia