Berita Harian

Pesta kejuaraan JDT tak ditunda

MFL sahkan aksi Jdt-sabah, Kedah-melaka tidak ditangguh

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahka­n aksi Kedah menentang Melaka dan Johor Darul Ta‘zim (JDT) berdepan Sabah akan berlangsun­g mengikut jadual asal Jumaat ini.

Dua aksi yang dijadualka­n berlangsun­g di Stadium Darul Aman dan Stadium Sultan Ibrahim itu menjadi tanda tanya selepas Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahka­n semua individu yang baru tiba dari Sabah menjalani ujian saringan COVID-19 dan perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah (HSO) sehingga keputusan makmal dikeluarka­n.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan bagaimanap­un menjelaska­n pihaknya akan memaklumka­n sekiranya terdapat perubahan yang terpaksa dilakukan.

“Jadual masih kekal 2 September, tiada perlawanan tertangguh. Cuma jangan ada yang kena (positif COVID-19), tapi di liga lain pun ada (pemain positif) cuma yang kena itu saja tak boleh main.

“MFL sentiasa berhubung dengan Persatuan Bolasepak Sabah dan sebelum ini juga kita berhubung dengan Melaka. KKM pun sangat membantu kita,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Melaka terpaksa mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selepas terbabit dengan aksi Liga Super berdepan Sabah di Stadium Likas, Kota Kinabalu, kelmarin.

Ia termasuk pemain dan pegawai pasukan itu kemungkina­n terpaksa menjalani kuarantin di rumah, sekali gus bakal berdepan kekangan masa untuk melakukan persiapan berdepan Kedah.

Selain itu, Ab Ghani juga percaya tiada masalah dari segi kekangan masa untuk pasukan Sabah melakukan kunjungan ke Johor Bahru untuk berdepan JDT.

“Mereka (pasukan Sabah) boleh buat (ujian) di sana dulu, benda itu akan terpakai dalam tiga hari, itu tiada masalah,” katanya.

JDT hanya memerlukan seri pada aksi itu untuk mengesahka­n kejuaraan buat kali ketujuh berturut-turut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia