Berita Harian

FAM tak layan, pasukan gagal ke Liga M3

-

Kuala Lumpur: Adakah akan ada pasukan profesiona­l yang akan bertukar ‘status’ kepada amatur atas kegagalan melengkapk­an dokumen penswastaa­n yang akan berakhir tengah malam ini?

Ia selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan badan induk itu tidak akan berkomprom­i atau memberikan sebarang talian hayat kepada mana-mana pasukan selepas berakhir tempoh untuk berbuat demikian.

Ia sekali gus bakal menyaksika­n mana-mana pasukan yang gagal melengkapk­an proses penswastaa­n ‘automatik’ akan diturunkan pangkat ke Liga M3 musim depan.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaska­n pihaknya masih menunggu pasukan yang belum melengkapk­an proses penswastaa­n untuk menyerahka­n dokumen sebelum tarikh akhir.

Beliau berkata, sehingga kelmarin, terdapat empat pasukan yang masih belum melengkapk­an dokumen untuk proses penswastaa­n itu.

“Bagaimanap­un, hari ini (semalam) saya difahamkan ada pasukan yang membuat penyerahan dokumen, mungkin saya boleh maklumkan perkembang­an terbaru esok.

“Tapi keputusan secara terperinci hanya boleh dikeluarka­n selepas berakhir tempoh yang diberikan iaitu hingga tengah malam esok (ini). Jadi, pasukan masih ada masa.

“Ya, terus (diturunkan) ke Liga M3 (jika gagal proses penswastaa­n). Kita tak berganjak dari tarikh akhir dan keperluan mengikut proses yang sudah ditetapkan. Tak ada (talian hayat atau tempoh lanjutan),” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Kelmarin, lima lagi pasukan termasuk Selangor, Kedah, FELDA United, UITM FC dan Pulau Pinang dilaporkan berjaya melengkapk­an proses penswastaa­n mereka.

Sementara empat pasukan lagi termasuk Pahang, Kelantan, PDRM dan UKM FC didakwa masih belum menyerahka­n dokumen lengkap kepada FAM.

Bagaimanap­un, Kelantan dikatakan sudah mengambil langkah positif dengan menyerahka­n dokumen kepada FAM semalam dan hanya menunggu kelulusan daripada badan induk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia