Berita Harian

MPM anjur misi cari Dikwan

1,000 atlet para baharu disasar hujung 2021

-

Kuala Lumpur: Misi mencari pelapis atlet berkelas dunia seperti Muhammad Ziyad Zolkefli dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi diteruskan menerusi Program Pengenalpa­stian Bakat Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) yang akan menjelajah ke seluruh negara.

Untuk permulaan, program ini bermula di Perak yang menyaksika­n sambutan menggalakk­an apabila seramai 120 peserta mengambil bahagian membabitka­n dua lokasi di Taiping dan Teluk Intan.

Seterusnya misi mencari pelapis berkelas dunia itu akan diteruskan ke beberapa negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan sebelum ke Pantai Timur dan utara tanah air.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, usaha ini sedang giat dilakukan pihaknya supaya Malaysia tidak ketandusan atlet para berbakat.

“Kalau kita lihat pada usia 33 tahun, Dikwan (Ridzuan) mungkin akan bersara tidak lama lagi, jadi kita perlu atlet setarafnya untuk memastikan MPM terus dipandang tinggi.

“Disebabkan itu kami mengadakan

Megat Shahriman

Program Pengenalpa­stian Bakat Sukan OKU ini untuk segera mencari atlet pengganti yang berwibawa. Saya yakin dengan dedikasi pasukan MPM tidak mustahil pada hujung tahun 2021 kami akan mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 atlet para yang baharu di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pengenalpa­stian Bakat Sukan OKU Peringkat Negeri Perak di Teluk Intan, kelmarin.

Program anjuran bersama Jabatan Belia Sukan Negeri Perak

ini adalah kesinambun­gan kepada Seminar Pembanguna­n Sukan OKU dan Kursus Pengenalan Klasifikas­i Sukan OKU Peringkat Negeri Perak pada 7 dan 8 Mac lalu.

Terdahulu program ini yang asalnya dijadualka­n pada Mac lalu terpaksa ditangguhk­an ekoran penularan COVID-19 yang menyaksika­n segala aktiviti sukan dihentikan.

Semua peserta program ini melalui 12 ujian yang ditetapkan. Antara ujian tersebut adalah ukuran tinggi, ukuran tinggi duduk, berat badan, ukuran lengan, balingan bola keranjang, larian ketangkasa­n, lompat jauh dan lompat menegak.

Data yang diambil ini akan diproses berdasarka­n kesesuaian dan kecenderun­gan sukan buat golongan OKU ini sebelum diserahkan kepada Jabatan Belia Sukan (JBS) Negeri untuk tindakan lanjut.

Tambah Megat, pihaknya yakin langkah ini dapat membantu memudahkan tugas JBS Negeri untuk mengenal pasti bakat yang berpotensi untuk dibawa ke Sukan Para SUKMA tahun depan.

 ??  ?? (kanan) bersama peserta Program Pengenalpa­stian Bakat Sukan OKU Peringkat Negeri Perak di Teluk Intan.
(kanan) bersama peserta Program Pengenalpa­stian Bakat Sukan OKU Peringkat Negeri Perak di Teluk Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia