Berita Harian

Emas pelengkap karier Mike

-

Kuala Lumpur: Jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah berhasrat memenangi pingat emas di Sukan SEA Vietnam 2021 bagi melengkapk­an gelaran dunia dan Asia yang sudah dimilikiny­a.

Syarul Azman atau lebih dikenali Mike itu berkata, dia difahamkan temasya dwitahunan itu kemungkina­n akan mempertand­ingkan semula sukan bina badan selepas kali terakhir di Myanmar 2013.

“Saya sudah menakluk dunia dan Asia, tetapi belum pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA.

“Jadi, sebelum bersara saya nak menang di Sukan SEA. Itu sasaran saya.” kata Mike yang sudah memenangi gelaran Mr Asia sebanyak lima kali dan empat kali berturut-turut Mr Universe pada sidang media, semalam.

Kalendar kejohanan bina badan di peringkat tempatan mahukan antarabang­sa, kebanyakan­nya dibatalkan susulan pandemik COVID-19 dan Mike dijadualka­n hanya menyertai Kejohanan Asia dan Dunia, tahun depan.

“Saya kena bersiap sedia jika Sukan SEA ada mempertand­ingkan bina badan. Saya perlu memulakan persiapan fizikal dan mental dari awal tahun lagi. Sukan SEA dijadualka­n November, Kejohanan Asia (September) dan Dunia (Disember). “Jadi, kena membuat persiapan daripada segi mental, fizikal untuk ketiga-tiga kejohanan. Walaupun semuanya hujung tahun, tetapi persiapan itu perlu dilakukan lebih awal,” katanya.

Pada temasya Myanmar 2013, Malaysia memenangi satu pingat emas menerusi Wong Ngai Hoeng dalam kategori 90 kilogram (kg), manakala Sazali Abd Samad yang baru menjuarai Mr Universe sekadar meraih perak kategori 70kg.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia