Berita Harian

Malaysia komited tangani isu buruh ladang

Elemen kawalan perburuhan antara syarat pelesenan sijil MSPO

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

KPPK telah membentang­kan kajian situasi buruh sektor perladanga­n sawit Malaysia dan telah diterima oleh Kabinet pada 24 Julai lalu.

Mohd Khairuddin Aman Razali,

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

Isu buruh paksa dan buruh

Putrajaya: Malaysia komited terhadap isu perburuhan dalam sektor perladanga­n komoditi, apabila elemen kawalan perburuhan dimasukkan sebagai antara syarat pelesenan ladang sawit di bawah pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang berkuat kuasa secara mandatori mulai 1 Januari lalu.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata pemahaman mengenai kewujudan buruh paksa dan buruh kanak-kanak dalam konteks ekonomi dan budaya Malaysia serta usaha kolektif pelbagai pihak dalam isu itu amat penting untuk meyakinkan komuniti antarabang­sa terhadap komitmen utuh dan kesediaan kerajaan dalam menangani isu berkenaan.

Beliau berkata, isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak khususnya warga asing adalah kompleks kerana membabitka­n faktor penentu yang unik dan berbeza bagi setiap negara serta berkait rapat dengan latar belakang ekonomi, perbezaan struktur sosiobuday­a, peraturan serta undang-undang tempatan.

Justeru, katanya, Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) telah mengambil langkah permulaan menangani isu itu melalui pelaksanaa­n kajian awal situasi buruh dalam sektor perladanga­n sawit pada 2014.

Jelasnya, pada 2018, KPPK dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) selaku perunding teknikal kajian melaksanak­an kajian menyeluruh situasi buruh di sektor perladanga­n sawit Malaysia bagi memastikan hasil kajian yang lebih komprehens­if.

“KPPK telah membentang­kan kajian situasi buruh sektor perladanga­n sawit Malaysia dan telah diterima oleh Kabinet pada 24

Julai lalu.

“Dalam hal ini, laporan akhir kajian menyeluruh itu akan dikemukaka­n kepada Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) dan ILO sebagai antara inisiatif untuk mengeluark­an sektor perladanga­n sawit Malaysia daripada Senarai Akta Perlindung­an Mangsa Pemerdagan­gan (TVPRA).

“Langkah ini diharap dapat mengelakka­n sekatan ke atas produk agrikomodi­ti negara pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan mengulas mengenai situasi buruh paksa dalam sektor perladanga­n sawit.

Ia susulan beberapa insiden yang membabitka­n penahanan eksport produk agrikomodi­ti Malaysia ke AS oleh Jabatan Kastam dan Perlindung­an Sempadan AS (CBP) kebelakang­an ini.

Pada 2009, sektor sawit Malaysia

telah dimasukkan di dalam Senarai Barangan Dihasilkan Oleh Buruh Kanak-kanak atau Buruh Paksa oleh Jabatan Buruh AS atas dakwaan menggunaka­n buruh paksa selaras dengan peruntukan undang-undang negara berkenaan iaitu TVPRA.

Ia diikuti dengan dakwaan penggunaan buruh kanak-kanak pada 2014.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata sememangny­a tidak dapat dinafikan bahawa AS adalah pasaran penting serta antara penyumbang terbesar kepada pendapatan eksport agrikomodi­ti seperti produk sawit negara.

Bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, beliau berkata, jumlah eksport agrikomodi­ti ke negara berkenaan bernilai RM11.8 bilion.

 ?? (Foto hiasan) ?? kanak-kanak khususnya warga asing adalah kompleks.
(Foto hiasan) kanak-kanak khususnya warga asing adalah kompleks.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia