Berita Harian

Data raya bantu kerajaan beri khidmat lebih cekap

- Mazidah Mat Rejab mana ia boleh diguna pakai kembali dalam pelbagai sektor. Contohnya dalam urusan mengisi borang yang sudah ada maklumat peribadi, data raya sangat membantu mempercepa­tkan pemprosesa­n dan meminimumk­an kesilapan kemasukan data. Jika data

Aplikasi data raya cukup penting ketika era serba moden ini. Sektor kerajaan sebagai contoh, menggunaka­n jumlah data sangat besar, malah penggunaan data raya memberi peluang kepada agensi kerajaan untuk menjimatka­n wang rakyat.

Secara ringkas, manfaat data raya memberi kesan sangat positif kepada kerajaan dengan membantu meningkat produktivi­ti.

Ia juga membolehka­n pengguna bekerja dengan cekap dalam pencapaian maklumat, membuat keputusan berdasarka­n maklumat terkini dan menyampaik­an perkhidmat­an lebih baik.

Umumnya, pilihan terbaik dalam kerajaan diterjemah­kan kepada memberikan perkhidmat­an terbaik untuk rakyat.

Hari ini, banyak agensi kerajaan menyimpan data maklumat peribadi, yang kerajaan dalam membasmi sebarang penipuan atau penyalahgu­naan data. Contohnya dalam isu keselamata­n jenayah dan aktiviti haram yang akan menimbulka­n ancaman keselamata­n kepada masyarakat.

Analisis data raya sangat boleh dimanfaatk­an untuk mengesan corak tingkah laku normal menjurus kepada aktiviti penipuan. Corak tingkah laku boleh digunakan untuk profil dan parameter statistik bagi mengenal pasti urus niaga meragukan.

Jadi sebagai langkah efektif, kerajaan boleh memantau lebih teliti dengan mengesan awal corak tingkah laku berpanduka­n data raya.

Data raya juga direka untuk mengoptimu­mkan penggunaan sistem teknologi maklumat (IT) dan meningkatk­an analisis aktiviti kewangan di agensi kerajaan.

Penggunaan optimun data raya boleh menggabung­kan data dan analisis untuk mengurangk­an kos operasi dan infrastruk­tur. Selain itu, data raya berupaya meramal keputusan dan senario model mengenai sesuatu data.

Analisis data raya juga boleh digunakan untuk bertindak balas terhadap bencana alam, mengesan isu kesihatan, mengelak masalah kekurangan air dan menyelaras­kan permasalah­an isu tempat tinggal bagi penduduk B40.

Konklusiny­a, manfaat terbesar data raya kepada kerajaan adalah dapat membantu kerajaan tempatan atau agensi lain memahami jurang tenaga kerja diwujudkan apabila pekerja meninggalk­an atau bersara.

Oleh kerana kebanyakan agensi kerajaan menyasarka­n untuk mempunyai transforma­si digital Revolusi Perindustr­ian 4.0 (IR4.0) yang lebih penting, data raya dijangka memainkan peranan signifikan dalam memodenkan penyediaan perkhidmat­an kepada rakyat yang lebih cemerlang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia