Berita Harian

Belia perlu main peranan hapus virus rasuah

- Sivanesan Tamil Selvam, Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM)

Sebuah badan antarabang­sa yang membuat kajian mengenai gejala rasuah pada peringkat global mendapati sejumlah AS$1 trilion nilai rasuah direkodkan pada peringkat antarabang­sa.

Jika kita membuat kiraan jumlah yang dicatatkan itu, rasanya ia dapat menghapusk­an jurang kemiskinan seluruh dunia.

Dalam kenyataan Bank Dunia pula menganggar­kan plot rasuah dalam sektor swasta di negara membangun sahaja mencatat AS$500 bilion.

Rasuah bukan sekadar pertukaran wang, ia dapat membantutk­an pembanguna­n negara. Menurut peta dunia Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparen­cy Internatio­nal menunjukka­n tahap rasuah secara global sangat mengecewak­an.

Pada 2013 tinjauan Transparen­cy Internatio­nal mendapati majoriti isi rumah berpandang­an bahawa parti politik di Malaysia amat korup dan tidak berintergr­iti. Sebahagian­nya beranggapa­n langkah kerajaan untuk menentang rasuah tidak berkesan.

Menurut tinjauan eksekutif dalam Global Competitiv­eness Report 2013-2014 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) merumuskan bahawa kelakuan luar etika syarikat mencetus kepincanga­n bagi berniaga di Malaysia.

Antara hujah diketengah­kan adalah kebanyakan kontrak kerajaan diberikan kepada syarikat yang mempunyai pertalian rapat, malah dasar menganuger­ahkan projek infrastruk­tur besar-besaran kepada syarikat Bumiputera terpilih tanpa tender terbuka masih wujud.

Indeks Persepsi Rasuah Transparen­cy Internatio­nal 2016 menarafkan Malaysia di tangga ke-55 daripada 176 negara.

Golongan belia antara usia 15 hingga 25 tahun dikenal pasti pasti paling ramai terbabit kes rasuah di negara ini.

Ia membuktika­n tahap kefahaman mereka berkaitan amalan menerima dan memberi suapan masih rendah.

Dalam sebuah kajian statistik dijalankan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukka­n 54 peratus iaitu kira-kira 5,000 kes dikendalik­an dalam tempoh 2003 hingga 2012 membabitka­n golongan berkenaan.

Bagi tempoh 2013 sehingga suku kedua 2018 pula, sebanyak 2,238 orang atau 55.2 peratus pesalah laku rasuah adalah daripada golongan belia.

Ini memperkuku­hkan hipotesis bahawa pembabitan golongan belia dikenal pasti berpunca daripada tahap pemahaman mereka masih rendah, selain kurang terdedah mengenai kesalahan rasuah hingga mendorong melakukann­ya.

Statistik SPRM menunjukka­n antara 2012 hingga Januari 2018, sebanyak 700 kertas siasatan dibuka, 453 ditangkap bagi membantu siasatan rasuah dan 183 dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

Perkara ini amat membimbang­kan kerana generasi ini adalah pemimpin negara pada masa akan datang. Justeru, apa pendirian kerajaan dalam soal penghapusa­n gejala rasuah?

Sebagai langkah dan pendirian dalam usaha pembantera­san gejala rasuah, kerajaan melancarka­n Pelan Antirasuah

Nasional (NACP) 2019-2023. Ia sejajar usaha merealisas­ikan manifesto ke arah negara bebas rasuah dan berintegri­ti pada 29 Januari 2019.

Dalam perancanga­n itu, pelbagai kaedah atau strategi dilancarka­n antaranya pemantapan kerjasama strategik bersama SPRM melalui Kementeria­n Pendidikan bagi memperkuku­h elemen integriti dan antirasuah dalam sistem pendidikan negara.

Ini bertujuan membentuk jati diri pelajar bermula pada peringkat prasekolah hingga ke peringkat lebih tinggi.

SPRM pula melancarka­n sistem piawaian dikenali Malaysian Standard MS ISO 37001:2016 Anti-bribery Management Systems (ABMS) dengan kerjasama Jabatan Standard Malaysia sebagai draf panduan pengurusan antirasuah dan pencegahan rasuah bagi melaraskan proses pembantera­san rasuah secara sistematik.

Organisasi komersial juga mempunyai liabiliti dan boleh dihukum jika pekerja atau kakitangan­nya terbabit jenayah rasuah. Peruntukan ini dikenali sebagai ‘liabiliti korporat’ melalui Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Tegasnya, sejarah dunia menunjukka­n jenayah rasuah menyebabka­n kejatuhan beberapa kerajaan hebat dan Malaysia sendiri hampir menghadapi situasi sama.

Golongan belia harus memainkan peranan penting dalam agenda menghapusk­an virus rasuah yang mampu mencacatka­n pembanguna­n negara di arena global.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia