Berita Harian

Klinik haiwan buang jarum, picagari ke dalam Sungai Gong

Peserta gotong-royong bersih denai temui jarum, picagari

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Rawang: Sebuah klinik haiwan dikesan membuang sisa klinikal seperti jarum, picagari dan bekas dipercayai digunakan dalam pembedahan yang masih mempunyai kesan darah ke dalam Sungai Gong, di sini.

Sisa klinikal itu ditemui pegawai penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menjalanka­n aktiviti gotong-royong bersama Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) bagi pembinaan denai di sungai berkenaan, semalam.

Ketua Pengarah JAS, Norlin Jaafar, berkata pembuangan sisa klinikal ke dalam sungai adalah kesalahan serius kerana boleh mengakibat­kan risiko kesihatan seperti jangkitan penyakit jika ia perlu dilupuskan melalui kaedah yang sepatutnya.

“Kita jumpa sisa klinikal seperti jarum, picagari dan bekas yang dipercayai digunakan untuk proses pembedahan dan masih ada kesan darah. Sisa ini berisiko terhadap kesihatan kerana boleh mengakibat­kan penyakit berjangkit, lebih-lebih lagi apabila dibuang ke dalam sungai.

“Ia ditemui ketika gotong-royong pembersiha­n, namun kita sudah mengenal pasti pihak yang bertanggun­gjawab, iaitu sebuah klinik haiwan berhampira­n,” katanya.

Norlin menjelaska­n, JAS terus membuka kertas siasatan sebaik menemui sisa klinikal dalam sungai berkenaan dan akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 3b Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Kita terus membuka kertas siasatan sejurus sisa klinikal ini ditemui. Sisa ini akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan lanjut. Kita jangka hasil laporan kimia dapat dikeluarka­n dalam tempoh tiga hari dan akan dijadikan bahan bukti penting,” katanya.

Norlin berkata, JAS juga mengesan kesalahan pembakaran terbuka oleh pemilik pusat komersial berhampira­n Sungai Gong yang bukan sahaja mengakibat­kan pencemaran sungai, tetapi juga udara.

“Kita kesan ada kedai seperti kedai perabot di sini melakukan pembakaran barang lama di belakang premis mereka dan ini satu kesalahan kerana pembakaran terbuka sama sekali tidak dibenarkan,” katanya.

Awal bulan lalu, 1,292 kawasan di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air berikutan pencemaran Sungai Gong akibat pencemaran minyak dari industri berhampira­n sehingga menjejaska­n kira-kira lima juta pengguna.

Tujuh wilayah berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Susulan itu, empat ahli lembaga pengarah dan seorang pengurus syarikat membaiki jentera berat didakwa di mahkamah sebelum mereka dibenarkan ikat jamin.

Norlin Jaafar

 ??  ??
 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Pegawai penyiasat JAS memeriksa sisa klinikal di tebing sungai ketika program gotong- royong membina denai di Sungai Gong, Rawang, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Pegawai penyiasat JAS memeriksa sisa klinikal di tebing sungai ketika program gotong- royong membina denai di Sungai Gong, Rawang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia