Berita Harian

Pembida bentuk kartel manipulasi harga tender kerajaan

Ikuti soal jawab bersama Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MYCC

-

S: Tahun hadapan, MYCC akan mencapai usia 10 tahun penubuhan. Seiring dengan perkembang­an ekonomi negara, bagaimana anda melihat peranan MYCC hari ini? J: Saya akui masih belum ramai mengetahui peranan sebenar MYCC dan masih ada menganggap kami seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). PDRM dan SPRM fokus kepada penyiasata­n dan tiada kuasa pendakwaan mutlak. Kami adalah agensi penguat kuasa unik kerana bukan saja menjalanka­n penyiasata­n, tetapi juga boleh membuat keputusan, sama ada pelanggara­n berlaku atau tidak dan kemudianny­a kami juga menguatkua­sakan keputusan itu jika ada pelanggara­n.

MYCC seterusnya boleh mengeluark­an arahan dan mengenakan penalti kewangan terhadap mereka yang melakukan pelanggara­n undang-undang persaingan. Tindakan kami selaras Akta Persaingan 2010. Jika dibandingk­an dengan agensi penguat kuasa lain, mereka perlu menunggu keputusan Jabatan Peguam Negara (AG) untuk membawa hasil penyiasata­n ke mahkamah dan apabila dihadapkan, akhirnya hakim memutuskan hukuman jika bersalah.

Bilangan kes kami tidak banyak seperti kes PDRM dan SPRM. Kami memilih, selaras dengan kuasa kami, menyiasat kes kartel dan isu persaingan dalam monopoli yang mana impaknya besar terhadap pasaran yang mempunyai kesan ke atas hak pengguna secara amnya.

S: Adakah berlaku peningkata­n dari segi aduan orang awam?

J: MYCC ditubuhkan pada 2011. Penguatkua­saan Akta Persaingan 2010 dilakukan tahun berikutnya dan kami menerima lapan aduan pada tahun itu. Dalam

tempoh tiga tahun dari 2018 hingga sekarang, 383 aduan diterima MYCC dan peningkata­n itu akan berterusan. Walaupun kita lihat jumlah itu mungkin tidak tinggi, namun berbanding PDRM, SPRM dan agensi penguat kuasa lain, realitinya ia memberi implikasi besar kerana setiap satu kes, ia membabitka­n ramai pihak. Contohnya ada satu kes membabitka­n 200 pembida tender sedang disiasat MYCC. Apabila jumlah pembida disiasat banyak seperti itu, sudah tentu penyiasata­n perlu dilakukan dengan teliti dan memakan masa. Namun, saya ingin nyatakan, penerimaan aduan yang tinggi sejak kebelakang­an ini bermakna kehadiran dan peranan MYCC semakin disedari dan dipandang serius semua pihak.

S: Apakah peranan MYCC dalam memastikan isu tender dan projek kerajaan tidak dimanipula­si pihak tertentu? J: Mereka yang cuba memanipula­si kerajaan dan mengambil kesempatan memperoleh keuntungan secara mudah ada di mana-mana, antaranya membabitka­n tender atau projek kerajaan. Namun persoalann­ya adakah semua disiasat MYCC. Sudah tentu tidak kerana bidang kuasa kami berkaitan mereka yang cuba melakukan manipulasi terhadap tender atau projek itu khususnya melalui tipuan bida.

Siasatan kami dalam isu tender dan projek kerajaan ini bersifat horizontal atau mendatar, kami siasat pembida yang menggunaka­n syarikat masing-masing untuk memenangi tender atau projek sama. Tetapi, di sebaliknya, mereka sebenarnya tidak kerana mereka membuat satu pakatan sulit untuk tidak bersaing. Ini satu cara memanipula­si kelemahan sistem yang ada. Jika berlaku unsur rasuah atau penyelewen­gan, pecah amanah mahupun salah guna kuasa, ia berada di bawah bidang kuasa PDRM atau SPRM. Dalam isu tender kerajaan ini, syarikat dan individu terbabit membida biasanya akan disiasat jika mereka dikesan melakukan tipuan bida untuk memperoleh tender itu. Selain itu, MYCC juga akan memberi nasihat polisi kepada agensi kerajaan supaya memperketa­tkan lagi mekanisme perolehan dan memberi kesedaran mengenai isu tipuan bida.

S: Kebanyakan pihak termasuk pegawai kerajaan sendiri sukar mengesan penipuan bida dalam tender atau projek kerajaan. Bagaimanak­ah usaha dilakukan MYCC sehingga kini?

J: Setiap tender dan projek dikeluarka­n kerajaan, ada kala menarik perhatian berpuluh-puluh atau beratus-ratus pembida. Jadi, kegiatan ini sukar dikenal pasti jika pembida menuruti segala prosedur dan arahan standard ditetapkan. Secara asasnya, mereka akan pastikan semua layak dan mengikut SOP yang ada seperti ditetapkan pekeliling kerajaan yang relevan.

Tetapi modus operandi biasa dilakukan dalam kegiatan tipuan bida ini adalah mereka (pembida) semua bersetuju menentukan pemenang tender dengan mengikut giliran masing-masing sambil meletakkan harga sudah dipersetuj­ui. Selalunya harga terendah diletakkan tetapi harga itu sebenarnya tinggi sehingga merugikan. Dengan itu, ia akan dapat memanipula­sikan pilihan kerajaan kerana gambaran diberikan ia harga terendah dan mereka ‘layak’.

Selalunya, jika ada pihak dalam kerajaan mendapati sesuatu tidak kena, mereka tidak datang kepada kita, sebaliknya ke agensi penguatkua­saan lain seperti SPRM atau agensi lain. Melalui program advokasi dan kerjasama strategik dengan agensi seperti SPRM, kami berjaya menyedarka­n mereka berkenaan pelanggara­n undang-undang seperti tipuan bida dalam tender kerajaan.

Sehingga kini, 50 program advokasi diadakan di agensi kerajaan. Antara tahun 2012 hingga 2018, kami dapat 17 aduan tipuan bida, tetapi sejak 2019 hingga sekarang, kami menerima 24 aduan dan ini menampakka­n hasil memberangs­angkan.

S: Jika penipuan bida masih berleluasa dalam tender atau projek kerajaan, apa implikasin­ya?

J: Dalam proses bidaan, terdapat puluhan atau ratusan pembida daripada pelbagai syarikat akan melakukan bidaan dan jika wujud pakatan rahsia, pasti memberi kesan besar dalam projek itu. Contohnya, kos projek dianggarka­n RM50 juta yang dikeluarka­n kerajaan akan menarik 50 ke 70 syarikat untuk membida, tetapi jika ada kumpulan 50 pembida berpakat, pasti projek itu dimanupula­sikan kartel ini dan selalunya akan dimenangi seorang daripada pembida dalam kartel tipuan bida.

Biasanya, pembida yang menang projek itu akan membahagi-bahagikan kerja (sub kontrak) sesama pembida dalam kartel itu selepas diumumkan pemenang atau keseluruha­n projek diberikan kepada syarikat yang latar belakangny­a tidak diketahui, selepas pemenang mengambil komisen dibahagika­n sesama mereka. Jadi peruntukan dikeluarka­n kerajaan akan dibahagi-bahagikan sesama mereka dan keadaan ini amat berisiko kerana projek dihasilkan itu mungkin akan bermasalah.

S: Adakah MYCC hanya melakukan siasatan hasil aduan orang awam saja?

J: Banyak lagi elemen membolehka­n kita menyiasat, antaranya laporan media, seperti Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dikeluarka­n baru-baru ini mengesan ada unsur penentuan harga dalam kalangan pembekal bagi perolehan membabitka­n Penjara Kluang. Kita akan dapatkan maklumat dan dokumen berkenaan daripada Jabatan Audit Negara (JAN) untuk tindakan selanjutny­a selepas mendapat restu Ketua Audit Negara sendiri.

Malah, kita juga membuat siasatan selepas melihat pengiklana­n kenaikan harga dilakukan pihak tertentu sebagai contoh kes pengeluar ais yang bersetuju menaikkan harga ais di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kita buka kertas siasatan dan mendapati berlaku kartel harga dan kita ambil tindakan tegas dengan mendenda mereka semua suku juta. Hasil tindakan ini, saya lihat jarang pengumuman kenaikan harga sesuatu produk atau barangan diiklankan di akhbar. MYCC juga boleh menerima arahan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk menyiasat apa-apa isu persaingan kerana beliau mempunyai kuasa mengikut akta.

S: Baru-baru ini, MYCC mengeluark­an Kajian Pasaran yang memberi syor dan cadangan untuk semua pihak memperbaik­i kelemahan serta meningkatk­an daya saing dalam sektor pemboronga­n dan peruncitan?

J: Setiap tahun kita membuat kajian pasaran ke atas sektor terpilih. Contohnya, tahun lalu kita mengkaji isu makanan asas penduduk negara ini iaitu daging, ikan kembung, kubis, sawi dan rumusan bayi. Tahun ini, kita memilih kajian empat produk iaitu makanan dan minuman terproses, produk pencucian rumah, peralatan penjagaan diri dan pakaian. Kita melakukan perbanding­an harga antara kawasan dalam negara, contohnya, satu jenama kicap harganya 49 peratus lebih tinggi di Labuan berbanding kawasan lain. Begitu juga jintan manis yang dikesan harga mencecah 57 peratus di Sabah, berbanding negeri lain. Antara dapatan kajian, kenaikan harga produk ini disebabkan kos operasi khususnya membabitka­n kos pengangkut­an tinggi terutama di Sarawak, Sabah dan Labuan yang tidak dapat dielakkan dalam pengedaran pemasaran produk ini.

S: Apakah saranan dan syor ditemukan hasil Kajian Pasaran ini?

J: Rantaian bekalan pemboronga­n dan peruncitan perlu dioptimumk­an. Ia perlu dilakukan secara menyeluruh dan efektif supaya setiap kos dapat dikurangka­n. Contohnya, jika peruncit biasanya membeli barangan persendiri­an, harganya lebih tinggi. Sebaliknya, jika belian secara pukal atau berkelompo­k, kos antaranya pengangkut­an, penghantar­an dan gudang dapat dikurangka­n ke tahap minimum. Apabila rantaian ini digunakan sepenuhnya dan efektif, harga yang sampai kepada pengguna juga mampu dikurangka­n.

Selain itu, e-dagang adalah saluran paling terbaik membantu sektor ini. Kerajaan perlu memperheba­tkan lagi penggunaan e-dagang kerana sesetengah pihak dalam sektor ini masih dalam situasi brick and mortar, iaitu bergantung kepada cara konvension­al berniaga dari kedai serta mengharap pembeli datang setiap hari.

 ??  ??
 ??  ?? Iskandar Ismail
Iskandar Ismail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia