Berita Harian

7 juta pelanggan TNB dapat diskaun 2 hingga 50 peratus bagi bil Oktober-disember

Potongan 2 hingga 50 peratus diberi sampai hujung tahun

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar @bh.com.my

Kuala Lumpur: Lebih tujuh juta pelanggan Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menikmati diskaun bil elektrik antara dua hingga 50 peratus bagi penggunaan antara 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Diskaun mengikut penggunaan elektrik bulanan dalam tempoh tiga bulan itu susulan lanjutan Diskaun Rangsangan Ekonomi untuk bil elektrik yang diberikan bermula Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Ketua Pegawai Runcit TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan, berkata inisiatif perlanjuta­n diskaun oleh kerajaan itu mengutamak­an mereka yang memerlukan akibat pandemik COVID-19.

“TNB menyokong usaha kerajaan mengurangk­an impak COVID-19 kepada rakyat dan langkah yang diambil bagi membantu rakyat menyesuaik­an diri dengan pemulihan semula ekonomi negara ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Kadar diskaun yang ditawarkan adalah 50 peratus bagi penggunaan elektrik bulanan antara satu hingga 200 kilowatt atau sehingga RM43.60.

Bagi 201 hingga 300 kilowatt atau RM43.70 hingga RM77 pula adalah sebanyak 25 peratus.

Penggunaan elektrik bulanan antara 301 hingga 600 kilowatt atau RM77.10 hingga RM231.80 (15 peratus), 601 hingga 900 kilowatt atau RM232.35 hingga RM395.60 (10 peratus) dan melebihi 900 kilowatt atau melebihi RM396.17 (dua peratus).

Megat Jalaluddin berkata, TNB turut meneruskan tiga inisiatif untuk pengguna kediaman sehingga akhir tahun ini, iaitu pelan bayaran mudah atau pilihan untuk pengguna membayar bil secara ansuran tanpa surcaj tambahan.

Selain itu, pengecuali­an surcaj lewat bayar bagi tempoh 18 Mac lalu hingga 31 Disember ini dan penangguha­n aktiviti pemotongan bekalan kecuali permohonan daripada pengguna berdaftar dan arahan pihak berkuasa.

“Tanggungja­wab membendung COVID-19 adalah usaha bersama. Kita seharusnya mengambil berat dan prihatin antara satu sama lain pada waktu sukar ini,” katanya.

TNB turut meneruskan tiga inisiatif untuk pengguna kediaman sehingga akhir tahun, iaitu pelan bayaran mudah atau pilihan untuk pengguna membayar secara ansuran tanpa surcaj tambahan.

Megat Jalaluddin Megat Hassan,

Ketua Pegawai Runcit TNB

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia