Berita Harian

Kesiapsiag­aan negara tahap tertinggi

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan memahami kebimbanga­n masyarakat berikutan peningkata­n jumlah kes harian COVID-19 dan memberi jaminan tahap kesiapsiag­aan negara, khususnya pasukan barisan hadapan adalah pada tahap tertinggi ba

- Oleh Zanariah Abd Mutalib, Mohd Nasaruddin Parzi dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan, negara kini berada pada tahap kesiapsiag­aan tertinggi dalam menghadapi penularan wabak COVID-19.

Justeru, Perdana Menteri meminta rakyat bertenang kerana pasukan barisan hadapan negara mempunyai kapasiti dan keupayaan menghadapi penularan itu.

“Memahami kebimbanga­n masyarakat berikutan peningkata­n kes baharu penularan COVID-19, saya ingin memberi jaminan dan komitmen kerajaan untuk terus mengawal dan menguruska­n penularan jangkitan virus ini sebaik mungkin.

“Saya juga ingin memberi jaminan kesiapsiag­aan negara pada tahap tertinggi dan mampu menghadapi penularan jangkitan COVID-19.

“Pasukan barisan hadapan negara kita, terutama Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan pasukan keselamata­n mempunyai kapasiti serta kepakaran menangani situasi ini dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarka­n selepas beliau mempengeru­sikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berhubung pengurusan wabak COVID-19, semalam.

Muhyiddin berkata, pagi semalam, mesyuarat dibentangk­an dengan laporan pada 2 Oktober dengan bilangan kes harian COVID-19 dalam negara merekodkan 287 kes baharu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 128 kes dilaporkan di Kedah membabitka­n kakitangan dan tahanan dalam Penjara Alor Setar, selebihnya dilaporkan di Sabah dan beberapa negeri lain di Semenanjun­g.

Katanya, laporan juga menunjukka­n jumlah kes COVID-19 dari Sabah sehingga kelmarin, membabitka­n 139 orang iaitu 1.18 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes jangkitan dalam negara.

“Untuk makluman, kebanyakan kes yang berlaku dalam kalangan tahanan dalam penjara, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan Bersasar (PKPDB) dan daripada kluster yang sudah dikenal pasti serta terkawal.

“Semua kawasan ini dipantau setiap masa dan aktiviti pengesanan kes serta kontak rapat dijalankan secara aktif bagi memastikan kes positif dapat dikesan dan diasingkan, yang mana menyebabka­n lebih banyak kes positif dikesan serta menyumbang kepada statistik harian dalam negara.

Sekatan jalan raya diadakan

“Saya amat berharap perkara ini dapat difahami. Saya ingin tekankan di sini bahawa keadaan terkawal dan masih dapat dibendung hasil kerjasama pelbagai agensi dan aktiviti pemantauan kesihatan awam yang berterusan oleh Kementeria­n Kesihatan,” katanya.

Muhyiddin berkata, mesyuarat semalam turut dimaklumka­n kes penularan COVID-19 di Sabah, didapati berpunca daripada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari negara jiran.

Susulan itu, katanya, kerajaan membuat keputusan semua PATI yang ditahan akan disaring dan ditempatka­n di Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara (PTS) yang disediakan.

“Pada masa ini, PTS di Sabah sudah melebihi kapasiti (PATI). Justeru, kerajaan akan membuka lebih banyak PTS baharu bagi menempatka­n PATI yang ditahan sebelum proses pengusiran dilaksanak­an.

“Selain itu, petugas Kementeria­n Kesihatan juga sudah ditambah untuk menjalanka­n proses saringan ke atas PATI yang ditahan.

“Anggota keselamata­n akan turut ditambah bagi mengawal sempadan negara dalam usaha mengekang kemasukan PATI terutama di Sabah. Aset akan diatur gerak untuk menghalang cubaan membolosi sempadan negara,” katanya.

Mengulas tahap kesiapsiag­aan menghadapi penularan kes jangkitan, Muhyiddin berkata, sebanyak 40 hospital dan 34 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah disediakan untuk merawat kes positif COVID-19 dengan kapasiti 5,674 katil.

Katanya, kadar penggunaan katil di hospital COVID-19 ketika ini adalah 24 peratus saja, manakala fasiliti kesihatan kini mempunyai 437 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 1,505 alat bantu pernafasan.

 ??  ??
 ??  ?? bagi mengekang penularan COVID-19 di Tawau.
bagi mengekang penularan COVID-19 di Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia