Berita Harian

Tiada cadangan laksana PKP di seluruh negara, keadaan masih terkawal

Kes positif masih kecil, penularan terkawal

- Oleh Mohd Nasaruddin Parzi, Luqman Arif Abdul Karim dan Ilah Hafiz Aziz bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilaksanak­an di seluruh negara ketika ini, walaupun jangkitan COVID-19 mencatatka­n peningkata­n kes sejak beberapa hari lalu.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, berkata larangan rentas negeri juga tidak dilaksanak­an kerana kes positif direkodkan beberapa negeri ketika ini, masih kecil dan terkawal.

Beliau berkata, kes jangkitan yang banyak di Kedah dan Sabah, misalnya hanya direkodkan dalam depoh tahanan Imigresen dan penjara, yang penularann­ya masih boleh dikawal.

“Kita tidak akan isytiharka­n PKP walaupun semalam (kelmarin) 287 kes positif dicatatkan. Hari ini (semalam) mungkin tambah lagi. Sebanyak 35 kes semalam adalah daripada Kluster Benteng, 129 kes di Kedah dengan 128 daripadany­a berada dalam penjara.

“Jika kita lihat seluruh negara, hanya Selangor ada 31 kes (semalam) iaitu belum sampai tahap Zon Merah. Negeri lain cuma satu hingga tiga kes dan tiada kes di Perlis,” katanya selepas mesyuarat khas Majlis Keselamata­n Negara

(MKN) berhubung pengurusan wabak COVID-19 di Putrajaya, semalam.

Ismail Sabri berkata, satu atau dua kes direkod setiap negeri itu masih tidak membimbang­kan dan kerajaan hanya akan melaksanak­an Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) terhadap kawasan yang merekodkan kes tinggi.

“Kita akan kenal pasti kawasan untuk dilaksanak­an PKPD. Contohnya, jika Selangor naik 40, 50 kes, kita tak tutup seluruh Selangor, sebaliknya jika di Shah Alam, hanya kawasan flat atau kediaman tertentu sahaja terbabit.

“Kita tidak akan locked down seluruh negara dan negeri, sebaliknya hanya kawasan sasaran saja. Saya sudah sebut tadi, selain Kedah, Sabah dan Selangor, tidak ada keperluan menyekat rentas negeri dan daerah di kawasan lain,” katanya.

Justeru, Ismail Sabri berkata, rakyat diharap tidak terlalu panik susulan peningkata­n kes COVID-19 yang kembali melonjak kepada tiga angka, kebelakang­an ini.

Ketika mengutarak­an saranan itu, beliau berkata, itu bukan isyarat untuk rakyat mengambil sikap sambil lewa terhadap bahaya virus berkenaan yang kini berada dalam komuniti.

“Usah rasa selesa dengan keadaan ini, sebaliknya kita perlu perketatka­n kawalan kendiri kerana virus ini sudah berada dalam komuniti.

“Ia berada di persekitar­an dan mampu menjangkit­i sesiapa juga, jadi saya harap, rakyat tidak terlalu panik, tetapi dalam masa sama, jangan ambil sikap sambil lewa,” katanya.

Ismail Sabri pada sidang media

 ?? (Foto BERNAMA) ?? selepas Mesyuarat Khas MKN berhubung pengurusan wabak COVID-19 di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) selepas Mesyuarat Khas MKN berhubung pengurusan wabak COVID-19 di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia