Berita Harian

Pakar saran tambah baik sistem pemantauan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan disaran menambah baik sistem pemantauan pandemik COVID-19 supaya tindakan lebih pantas dapat diambil untuk mencegah penularan virus berkenaan.

Pakar kesihatan awam berpendapa­t, langkah itu wajar selaras keputusan kerajaan tidak bercadang melaksanak­an kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) walaupun kes jangkitan COVID-19 semakin membimbang­kan.

Pakar epidemiolo­gi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, berkata sistem pemantauan ketika ini tidak cukup pantas, malah tidak memberi amaran awal untuk memastikan jangkitan tidak merebak dengan cepat.

“Sistem survelan sindromik yang lebih meluas membabitka­n semua klinik kesihatan kerajaan perlu dibina dan data yang diperoleh harus dianalisis secara ‘real-time’ oleh Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

“Melalui ini, tindakan boleh diambil untuk menyaring penduduk sesuatu kawasan jika terdapat kenaikan luar biasa kes seperti batuk dan demam dilaporkan klinik kesihatan di situ,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Dr Awang Bulgiba turut bersetuju PKP seperti dilaksanak­an berkuat kuasa 18 Mac lalu belum lagi perlu dikuatkuas­akan semula berdasarka­n keupayaan negara bertindak cepat mengesan dan mengasingk­an kes COVID-19.

Katanya, PKP Diperketat­kan (PKPD) mungkin perlu untuk kawasan tertentu sekiranya kes jangkitan banyak dikesan dalam jangka pendek di kawasan itu.

Sementara itu, pakar kesihatan awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh pula berpendapa­t, kerajaan perlu melihat beberapa faktor jika mahu melaksanak­an semula PKP, antaranya berkaitan ekonomi.

“Malangnya, apabila PKPD dilaksanak­an di Zon Merah, ia mungkin tidak cukup untuk mengelak jangkitan daripada menular berikutan pergerakan manusia berisiko tinggi kerana mereka boleh bergerak ke kawasan dan negeri lain.

“Disebabkan kita masih belum mempunyai vaksin khas, semua pihak perlu mengelak tempat perkumpula­n orang ramai dan tidak keluar rumah jika tiada keperluan, khususnya anak kecil serta warga emas,” katanya.

Dr Sharifa berkata, pihak pentadbira­n juga harus senada apabila mengeluark­an arahan dan pelaksanaa­n penguatkua­saan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Kakitangan kerajaan dan pemimpin perlu menunjukka­n contoh baik, ikut SOP dan elak perhimpuna­n tidak berkeperlu­an tinggi atau mendesak. Selain itu, nilai semula keperluan bertugas.

“Boleh bertugas seperti biasa tetapi dengan cara kerja baharu berbentuk hibrid, iaitu kerja secara dalam talian.

“SOP harus diteruskan termasuk di sekolah, kolej, universiti, pejabat kerajaan dan premis perniagaan. Tindakan denda juga harus diteruskan secara adil supaya sesiapa saja melakukan kesalahan menerima tindakan sama,” katanya.

Sistem pemantauan ketika ini tidak cukup pantas, malah tidak memberi amaran awal untuk memastikan jangkitan tidak merebak dengan cepat.

Awang Bulgiba Awang Mahmud,

Pakar epidemiolo­gi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia