Berita Harian

Kes harian makin meningkat

317 kes baharu, dua lagi kluster muncul di Kedah, satu di Selangor

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Luqman Arif Abdul Karim bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penularan kes COVID-19 terus mencatatka­n peningkata­n apabila 317 kes baharu direkodkan, semalam berbanding 287 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambaha­n itu menjadikan jumlah kes positif wabak itu di Malaysia meningkat kepada 12,088 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 adalah 1,735 kes dan mereka diasingkan serta diberi rawatan.

“Semua 317 kes adalah penularan dalam negara yang meliputi 303 kes rakyat tempatan dan 14 kes bukan warganegar­a. Daripada 317 kes itu, 37 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September lalu adalah sebanyak 176 kes. Hari ini (semalam), daripada 155 kes yang direkodkan di Sabah, 100 kes saringan bergejala membabitka­n 96 warganegar­a dan empat bukan warganegar­a,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Kluster Bangau-bangau mencatatka­n 35 kes, Kluster Benteng Lahad Datu (10), Kluster Laut (tiga), Kluster Joo Hwa (dua) dan satu kes daripada Kluster Buang Sayang. Daripada 102 kes yang direkodkan di Kedah, sebanyak 97 daripada Kluster Tembok dan dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah.

“Kluster Bah Lunas (dua) dan satu kes daripada Kluster Bah Ketil. Selangor pula merekodkan 32 jangkitan, iaitu 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah dan 12 kes daripada Kluster Jalan Meru.

“Kluster Jelok (tiga kes) dan dua kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19, iaitu kes ke-11,147 dan kes ke-11,047 yang semua membabitka­n warganegar­a.

Negeri lain seperti Terengganu (sembilan kes), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (empat), Johor (empat), Sarawak (tiga), Pulau Pinang (tiga), Kelantan (dua), Wilayah Persekutua­n Putrajaya (dua) dan Negeri Sembilan (satu),” katanya.

Dr Noor Hisham berkata 29 kes positif COVID-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan, manakala Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) merekodkan satu kematian semalam menjadikan jumlah keseluruha­n angka korban meningkat kepada 137 kes atau 1.13 peratus.

Katanya, kematian ke-137, iaitu kes ke-10,939 membabitka­n lelaki tempatan berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidem­ia atau peningkata­n kadar lemak dalam darah secara luar biasa.

“Kes mula mengalami gejala batuk, kurang selera makan dan demam sejak 10 September lalu. Pada 24 September, kes mengalami sesak nafas dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital

Semporna yang kemudian dirujuk ke Hospital Tawau pada hari sama.

“Kes dimasukkan ke ICU dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 28 September lalu. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia semalam (kelmarin) pada jam 11.44 malam.

Pada masa sama, katanya, Kementeria­n Kesihatan mengenal pasti tiga kluster baharu yang tercetus di dua negeri, iaitu dua di Kedah dan satu di Selangor.

Katanya, Kluster Bah Lunas dikenal pasti di Kulim, Kedah dan kes indeks, iaitu kes ke-11,471 membabitka­n seorang lelaki tempatan, berusia 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko di Sabah.

“Dia dikesan positif pada 30 September lalu dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan tiga lagi positif COVID-19 bagi Kluster Bah Lunas dikenal pasti.

“Semua kes positif ini membabitka­n warganegar­a dan mereka dimasukkan ke HSB. Sehingga jam 12 tengah semalam, sejumlah 112 individu disaring dan empat daripadany­a dikesan positif COVID-19.

“Seramai 21 individu negatif dan 87 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Bah Rose di Kuala Muda, Kedah pula membabitka­n kes indeks daripada seorang lelaki tempatan, kes ke-11,212 berusia 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Katanya, kes dikesan positif COVID-19 pada 29 September lalu dan dimasukkan ke HSB, Kedah, justeru saringan kontak rapat dijalankan dan tujuh lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Rose dikenal pasti.

“Semua kes positif ini meliputi rakyat tempatan dan mereka dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, untuk rawatan. Sehingga jam 12 tengah hari tadi (semalam), sejumlah 477 individu disaring, iaitu Kedah (81 orang) dan Pulau Pinang (396 orang).

“Tujuh dikesan positif COVID-19 di Kedah, 69 individu negatif dan lima lagi masih menunggu keputusan.

Di Pulau Pinang, satu dikesan positif, 71 negatif dan 324 individu masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Di Selangor, Dr Noor Hisham berkata, KKM mengesan Kluster Jelok yang turut menular di Kuala Lumpur, membabitka­n kes indeks (kes ke-11,788), iaitu lelaki tempatan berusia 27 tahun.

Beliau berkata, kes dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala, Khamis lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, manakala saringan kontak rapat dijalankan dan tiga lagi kes positif COVID-19 daripada kluster berkenaan dikenal pasti.

Dr Noor Hisham Abdullah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia