Berita Harian

Lonjakan kes hasil tindakan agresif KKM

-

Kuala Lumpur: Pola kes harian COVID-19 yang dilaporkan sejak akhir ini hasil tindakan aktif dan agresif Kementeria­n Kesihatan (KKM) di lapangan, membabitka­n beberapa negeri untuk mengekang penularann­ya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah dan kes baharu positif semalam hampir sama seperti direkodkan sejak kebelakang­an ini yang menunjukka­n peningkata­n dalam Kluster Tembok, Kedah, sebanyak 97 kes dan 155 kes di Sabah.

“Selebihnya, 65 kes dilaporkan di beberapa negeri lain termasuk 37 kes membabitka­n pengunjung yang pulang dari Sabah susulan ujian saringan oleh kementeria­n. Malah, pola jumlah kes harian ini adalah hasil tindakan aktif dan agresif di lapangan untuk mengekang penularan COVID-19.

“Antara tindakan yang dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat bagi kes positif COVID-19 dan Perintah Kawalan Diperketat­kan (PKPD) Kota Setar yang mana seramai 18,701 orang disaring, meliputi 18,614 penduduk tempatan dan 87 orang bukan warganegar­a.

“Daripada aktiviti itu, sejumlah 44 orang dikesan positif, iaitu 43 rakyat tempatan dan seorang bukan warganegar­a, manakala 18,657 orang lagi negatif COVID-19, merangkumi 18571 rakyat tempatan dan 86 bukan warganegar­a,” katanya kepada media pada sidang media di Putrajaya, semalam.

BH difahamkan, daripada 155 kes di Sabah, 104 adalah saringan bergejala secara sukarela di Kota Kinabalu, Tawau, Kunak, Semporna, Pitas, Papar.

Tawau, Kunak, Semporna adalah kawasan PKPD Bersasar yang mula dilaksanak­an sejak 29 September lalu.

Dr Noor Hisham berkata kementeria­n turut menjalanka­n saringan bersasar di empat daerah PKPD Secara Pentadbira­n (TEMCO) di Sabah dan saringan terhadap pengunjung dari negeri sama di setiap pintu masuk antarabang­sa dan domestik.

“Sejak pelaksanaa­n saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap pintu masuk antarabang­sa dan domestik, sejumlah 13,032 individu disaring dan 176 kes dikesan COVID-19. Saringan kumpulan berisiko tinggi juga dijalankan terhadap warga emas di rumah jagaan, tahanan imigresen, dan petugas kesihatan.

“Aktiviti survelan melalui pemantauan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI), Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI), saringan sebelum pembedahan dan lain-lain di lapangan. Bagi memastikan situasi penularan COVID-19 di Sabah dapat dikawal dengan segera, kementeria­n melaksanak­an beberapa usaha.

“Ia termasuk menggerakk­an pasukan bantuan untuk menghantar peralatan perlindung­an diri (PPE), alat bantuan pernafasan dan membuka pusat rawatan berisiko rendah bagi dijadikan pusat kuarantin serta menempatka­n kes positif COVID-19 yang stabil.

“Tindakan ini dilakukan sejak awal peningkata­n kes COVID-19 di Sabah dan dipertingk­atkan mengikut keperluan semasa di negeri berkenaan. Sabah mempunyai enam hospital serta enam pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC),” katanya.

Mengulas perkembang­an di kemudahan berkenaan, Dr Noor Hisham berkata, 1,986 katil disediakan di kedua-dua premis kesihatan itu dan kadar penggunaan­nya setakat semalam 69 peratus di hospital KKM dan 31 peratus di PKRC.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia