Berita Harian

UITM nafi halau pelajar, kekeliruan akibat salah faham

-

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UITM) menafikan dakwaan universiti itu menghalau pelajar yang hadir melakukan pendaftara­n secara fizikal di kampusnya.

Naib Canselor UITM, Profesor Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim, berkata kekeliruan berlaku akibat salah faham berikutan sumber tidak tepat diperoleh pelajar.

Beliau menegaskan, UITM sangat prihatin dengan kekeliruan dan kesulitan dihadapi pelajar susulan penangguha­n pendaftara­n secara fizikal yang dikuatkuas­akan, kelmarin.

“UITM sebenarnya sudah mengeluark­an pekeliling bersangkut­an untuk menangani arahan penangguha­n pendaftara­n pelajar.

“Pekeliling dikeluarka­n, jelas menyatakan penangguha­n itu dibuat semata-mata untuk memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan pelajar tetap terpelihar­a,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaska­n, walaupun penangguha­n itu dikuatkuas­akan, ia tidak bermakna pelajar yang hadir mendaftar akan dihalau, sebaliknya mereka diberi pilihan sama ada pulang atau tinggal di kolej.

“Malah, kita (UITM) mendekati pelajar yang mendaftar lebih awal untuk membantu mereka susulan arahan penangguha­n itu.

“Namun, berikutan aduan dan rungutan pelajar yang tular dalam media sosial, pihak universiti akan menjalanka­n siasatan terperinci untuk memastikan bahawa ia tidak berlaku,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azraai berkata, UITM tidak akan mengambil mudah sebarang isu dibangkitk­an kerana dalam suasana semasa, pihaknya amat memahami sebarang kemungkina­n, kesulitan dan kekeliruan yang timbul.

“Sehubungan itu, saya meminta pelajar yang berdepan masalah seperti sudah berada di kampus, sama ada ingin pulang dan tidak pasti apa hendak dilakukan, supaya segera berhubung dengan bilik gerakan di kampus masing-masing bagi mendapatka­n bantuan sewajarnya,” katanya.

UITM sebenarnya sudah keluarkan pekeliling yang bersangkut­an untuk menangani arahan penangguha­n pendaftara­n pelajar.

Mohd Azraai,

Naib Canselor UITM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia