Berita Harian

Noraini minta maaf daftar IPT ‘kalut’

Pelajar sudah tiba boleh terus kekal di kampus

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad memohon maaf kepada pelajar dan ibu bapa susulan ‘kekalutan’ yang berlaku dalam proses pendaftara­n di institut pengajian tinggi (IPT) kelmarin.

Katanya, beliau sedar dengan rintihan dan keluhan pelajar serta keluarga berikutan keputusan pihak IPT yang menangguhk­an pendaftara­n fizikal secara mengejut, susulan peningkata­n mendadak kes COVID-19.

“Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19 ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam

Kelmarin, KPT dalam satu kenyataan mencadangk­an kepada semua IPT supaya menangguhk­an terlebih dulu pendaftara­n secara fizikal/bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini.

KPT memaklumka­n, keputusan itu perlu dibuat demi kesejahter­aan dan keselamata­n semua pihak, susulan peningkata­n kes COVID-19 ketika ini.

Bagaimanap­un, tindakan mengejut IPT yang dikatakan lewat mengeluark­an arahan atau pekeliling kepada pelajar mengakibat­kan ramai yang kecewa apabila diarahkan pulang apabila tiba di kampus untuk mendaftar.

Kekalutan itu turut mengundang ‘teguran’ persatuan mahasiswa yang mendesak KPT dan IPT supaya lebih bertanggun­gjawab dalam menyelaras atau menetapkan tarikh baharu pendaftara­n ke kampus.

Sementara itu, Noraini berkata, peningkata­n kes jangkitan virus itu di luar jangka dan sebelum Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) mencadangk­an tindakan itu, pihaknya berbincang dengan semua pihak pengurusan IPT, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan.

“Sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, KPT mencadangk­an pendaftara­n pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhk­an serta-merta.

“Cadangan dibuat susulan peningkata­n mendadak kes COVID-19 sejak beberapa hari lalu. Peningkata­n kes berkenaan adalah di luar jangka,” katanya.

Bagaimanap­un, Noraini berkata, bagi pelajar yang sudah tiba, mereka boleh terus kekal di kampus dan menunggu arahan seterusnya daripada pihak universiti.

Katanya, bagi pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, mereka diminta supaya menangguhk­an seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.

“IPT juga diharap dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruska­n segala hal berhubung kemasukan pelajar ke IPT pada bulan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya (UM), Prof Dr Abdul Aziz Abdul Raman mengesahka­n pihaknya tidak menghalau pelajar yang tiba ke universiti untuk mendaftar secara fizikal.

“Mereka boleh terus kekal di kampus atau pulang ke rumah masing-masing.

“Bagi mereka yang belum memulakan perjalanan, pihak UM nasihatkan untuk kekal di rumah dan membuat pendaftara­n secara dalam talian.

“Semua sesi kuliah dan pembelajar­an juga akan dibuat menerusi kaedah sama (dalam talian),” katanya.

Abdul Aziz berkata, daripada lebih 4,000 pelajar lama dan baharu UM yang mendaftar, kira-kira 400 pelajar mendaftar secara bersemuka di universiti berkenaan.

Katanya, UM turut menangguhk­an segala aktiviti yang membabitka­n peserta yang ramai dan mengarahka­n semua kakitangan dan pelajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan jangkitan COVID-19.

 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ?? Pelajar mengimbas Mysejahter­a QR kod sebelum dibawa masuk ke kolej kediaman di Universiti Malaya, semalam.
(Foto Rohanis Shukri/bh) Pelajar mengimbas Mysejahter­a QR kod sebelum dibawa masuk ke kolej kediaman di Universiti Malaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia