Berita Harian

KPT digesa proaktif beri maklum balas

-

Kuala Lumpur: Beberapa persatuan pelajar universiti awam (UA) menggesa Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) bersikap proaktif memberikan maklum balas dan tindakan kepada pelajar berhubung perubahan saat akhir jadual pendaftara­n kemasukan pelajar baharu dan lama secara fizikal.

Dalam kenyataan bersama, Kesatuan Mahasiswa Semalaysia meluahkan rasa kecewa dan kesal pengumuman saat akhir tarikh pendaftara­n di beberapa UA yang menimbulka­n kegusaran dan kekeliruan kalangan mahasiswa seluruh negara.

Mereka turut menyaranka­n KPT menyediaka­n pampasan setimpal kepada pelajar yang terbabit dengan ‘kekalutan’ proses pendaftara­n di UA.

“Berhubung isu penangguha­n pendaftara­n secara fizikal, KPT perlu menangani isu kos tambang mahasiswa yang sudah sampai ke institusi pengajian tinggi (IPT) mereka, namun diarahkan untuk pulang disebabkan kenyataan saat akhir oleh KPT.

“Ada sesetengah kampus yang akan menjalanka­n pembelajar­an secara mod campuran semester dan mahasiswa sudah menyelesai­kan urusan pembayaran rumah sewa, tetapi terjejas teruk akibat pengumuman ini.

“Kami menuntut supaya diwujudkan pampasan kepada semua mahasiswa yang terkesan ini,” kata kenyataan dikeluarka­n bersama Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (KPUIAM), Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dan Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM), semalam.

Sementara itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS) menggesa UA menerima kemasukan mahasiswa yang tiba di kampus masing-masing untuk pendaftara­n kemasukan dan memilih untuk tinggal di asrama.

Presidenny­a, Mohd Alif Anas Md Noor, berkata pihaknya mengambil berat masalah mahasiswa yang tiba di universiti dan terkandas kerana tidak dibenarkan masuk ke asrama kediaman.

Katanya, pihak universiti khususnya bahagian hal ehwal pelajar (HEP) dan pentadbir kediaman digesa mengambil tindakan segera untuk menangani perkara itu.

“Kita mencadangk­an pihak universiti menerima semua kemasukan mahasiswa yang sudah tiba untuk pendaftara­n dan memilih untuk menginap di kediaman dalam kampus,” katanya.

Selain itu, katanya pihak universiti juga perlu mengeluark­an segera pemakluman massa kepada semua mahasiswa masing-masing sama ada melalui e-mel dan media sosial rasmi mengenai perkara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia