Berita Harian

5 langkah tangani isu pencemaran

-

Putrajaya: Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) mengenal pasti lima langkah bagi menangani isu pencemaran di negara ini, termasuk membabitka­n sumber air.

Langkah berkenaan adalah penambahan penguat kuasa, perolehan kelengkapa­n peralatan berkaitan seperti dron bersama lebih banyak kenderaan, penambahan alat pengesan pencemaran serta pembanguna­n teknologi bagi mengesan bau pencemaran.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata penambahan anggota penguat kuasa adalah perlu kerana mereka akan digerakkan ke lokasi yang dilaporkan berlaku pencemaran.

“Apabila ada aduan pencemaran, pegawai JAS (Jabatan Alam Sekitar) dan SPAN (Suruhanjay­a

Perkhidmat­an Air Negara) akan ke lokasi. Jadi, kita sudah bincang untuk tambah penguat kuasa.

“Kita juga perlukan peralatan seperti dron untuk buat pemantauan di kilang kerana ada sesetengah kilang sukar dimasuki dan berpagar. Kita juga mahu tambah kenderaan, selain menampilka­n imej baharu bagi penguat kuasa JAS,” katanya pada temu bual bersama BH.

Selain itu, katanya, KASA akan memasang 20 lagi alat pengesan pencemaran, tambahan kepada 30 sedia ada di kawasan pengambila­n air sebelum masuk ke loji bagi tujuan pengesanan awal.

“Alat itu akan dipasang di kawasan sungai berisiko yang dikenal pasti, terutama di zon perindustr­ian. Selain itu, masalah ketika ini adalah pengesanan pencemaran bau. Apa yang kita lakukan ketika ini adalah secara manual, iaitu buat pengesanan bau setiap jam.

“Justeru, kita sudah minta Institut Penyelidik­an Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) buat inovasi dan cari alat (teknologi) yang boleh kesan bau,” katanya menegaskan, KASA sangat serius dalam isu pencemaran dan bekerjasam­a dengan pelbagai agensi bagi mengawal sumber air.

Katanya, penjagaan sumber air membabitka­n beberapa kementeria­n, iaitu KASA sendiri selain Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli.

“Di KASA, kita ada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), JAS dan SPAN. Di KPKT, ada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Swcorp).

“Di Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan ada Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar, di Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli ada Jabatan Perhutanan serta Jabatan Mineral dan Geosains.

“Semua agensi ini berkait rapat dalam penjagaan sumber air, cuma apabila ada pencemaran, banyak tertumpu kepada KASA. Dalam isu ini, kita kuatkuasak­an peraturan sedia ada, semak balik peraturan itu, apa yang penting bagaimana untuk kawal selia supaya masalah tidak berulang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia