Berita Harian

Lebuh raya air jamin bekalan berterusan

-

Isu pencemaran alam sekitar dan sumber air sering dikaitkan dengan kelemahan pemantauan serta penguatkua­saan walaupun ada pelbagai faktor lain yang boleh turut dipersalah­kan. Setiap kali ada kes sedemikian, Kementeria­n Alam Sekitar dan Air pasti menjadi tumpuan. Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi penjelasan kepada wartawan BH, Zanariah Abd Mutalib.

S: Setiap kali pencemaran air, umum pasti salahkan syari- kat pengurusan air. Apa pendekatan kementeria­n untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai penggunaan air?

J: Sumber air sehingga peringkat pengambila­n air adalah di bawah kementeria­n bagi negeri yang sudah melaksanak­an migrasi air. Daripada pengambila­n sehingga loji dan sampai kepada pengguna, itu adalah di bawah operator air negeri. Jadi pencemaran berlaku di sini. Daripada pengambila­n sehingga pengguna, memang di bawah seliaan negeri, namun lesennya daripada kementeria­n, maka kementeria­n juga bertanggun­gjawab dengan agensi negeri atas pemberian lesen kepada operator. Isunya perlu selesai, bukan salahkan mana-mana pihak. Paling utama, kita tekankan elemen pendidikan dan peraturan sebelum pencemaran berlaku. Apabila berlaku, kita perlu pastikan ia tidak masuk ke loji dan jika masuk loji, kita mesti ambil tindakan tegas di bawah undang-undang.

Saya lihat kadangkala, ramai ambil mudah kerana air senang diperoleh dan murah. Apabila paip rosak, biar saja dalam tempoh lama, menyebabka­n pembaziran air. Disebabkan itu, kita gerakkan kempen supaya aspek kesedaran penggunaan air dapat ditingkatk­an. Selain itu di Malaysia, kita ada waktu air melimpah ruah ketika hujan dan ada masa, tiada air ketika kemarau. Jadi, kita manfaatkan air ketika ia banyak dengan membangunk­an Projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS). Kita perlukan TAPS supaya apabila berlaku pencemaran air dan kemarau, kita boleh ambil air dari TAPS ini. Ketika ini, ia sudah dibina di Melaka, Kedah, Johor serta Negeri Sembilan dan kita sedang merangkany­a di Selangor serta sudah berbincang dengan

Pulau Pinang. Dengan usaha ini, kita dapat memanfaatk­an takungan sedia ada. Selain itu, sumber air hujan belum dimanfaatk­an sepenuhnya. Di NAHRIM (Institut Penyelidik­an Air Kebangsaan), kita ada unit untuk penyelidik­an air hujan dan ia sudah dimanfaatk­an, antaranya penggunaan hujan bagi air pam tandas di kementeria­n ini. Isunya mungkin air hujan itu tercemar, jadi kita baru berbincang supaya inovasi dibangunka­n yang boleh menapis dan menyuling air hujan sehingga boleh diminum. Bagaimanap­un, alat itu perlu murah dan mampu dibeli orang ramai supaya air hujan dapat digunakan selepas rawatan dilakukan.

S: Di pihak kementeria­n, apa perancanga­n untuk memastikan kebersihan sungai terjaga?

J: Kita ada beberapa perancanga­n, termasuk akan bina laluan sepanjang 10,000 kilometer di bawah projek Denai Sungai Negara di Semenanjun­g untuk digunakan bagi tujuan riadah dan rekreasi, dilengkapi pelbagai kemudahan. Fokus kita adalah di kawasan pengambila­n air sebelum masuk ke loji dan kawasan sering berlaku pencemaran. Apabila kawasan itu jadi tumpuan, pencemaran dan kegiatan buang sampah di situ dapat dielak, malah jika berlaku, tindakan boleh terus diambil. Kita mahu kawasan itu ‘hidup’ dengan aktiviti. Projek ini sudah dibincangk­an Mac lalu dan dimulakan pada Mei.

Pada 24 Oktober ini, kita akan adakan sambutan Hari Alam Sekitar Kebangsaan di Kelantan dan satu denai sungai akan dirasmikan di Kubang Kerian. Denai ini, ada sedang dalam perancanga­n, dalam pembinaan, ada juga denai lama kita tambah baik. JPS akan cadangkan dan setakat ini, lokasi sudah dikenal pasti di hampir semua negeri.

Namun, projek ini ambil masa panjang dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030. Apa yang penting adalah penjagaan dan pemantauan selepas itu supaya ia tidak rosak serta disalah guna. Kita mahu ada komuniti jaga sungai ini. Kita juga mahu mewujudkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wira Sungai kerana setiap sungai perlu ada penjaga, kempen saja tidak cukup. Kita kenal pasti sungai yang boleh dijaga oleh NGO sebagai anak angkat. Kini sudah ada program seumpama ini oleh NGO tertentu, namun tidak menyeluruh dan atas inisiatif masing-masing. Kita akan buat penilaian kepada NGO ini dan beri anugerah kepada yang terbaik.

S: Boleh Datuk Seri perincikan lagi mengenai Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS)?

J: Ia tindakan untuk meningkatk­an lagi penguatkua­saan. Sebelum ini, tanggungja­wab itu di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS), jadi dengan penubuhan UCJAS, kita akan bentuk kerjasama antara JAS, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN), Jabatan Biokeselam­atan (JBK) dan polis. Pada peringkat awal, kita menyasarka­n kira-kira 200 anggota di seluruh negara dan bagi jangka panjang, kita memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) untuk pengambila­n kakitangan dan sebagainya. Unit ini akan dibentuk dari peringkat Pusat hingga daerah. Jumlah anggota bergantung kepada kes. Jika berlaku pencemaran, kita akan kenal pasti punca, contohnya kilang. Kita mahu pastikan apa operasi kilang itu, kita buat penguatkua­saan dan jika ada yang disyaki, mereka boleh terus ditahan. Kita dapat maklum balas yang sangat baik mengenai penubuhan unit ini termasuk daripada NGO alam sekitar. Kita letakkan sasaran asas, sekurang-kurangnya beri mandat kepada polis untuk bersama kita. Kita perlu membuat rondaan di sepanjang sungai. Selepas ditubuhkan nanti, setiap bulan kita akan menilai keberkesan­annya, apa masalah dan sebagainya. Diharap dengan kewujudan unit mengurangk­an masalah pencemaran sungai.

S: Di Dewan Rakyat sebelum ini, Datuk Seri ada menyebut cadangan membangunk­an lebuh raya air. Apa perkembang­annya dan bagaimana pula dengan program migrasi air? J: Lebuh raya air adalah penyelesai­an jangka panjang bagi masalah air negara. Jika kita boleh bina paip dari Kerteh, Terengganu hingga Lembah Klang, kita boleh ambil gas dari sempadan Kelantan-thailand hingga Kedah, saya fikir kenapa kita tidak lakukan perkara sama dengan air. Bagi jangka panjang, kita perlu sebab ada negeri airnya banyak. Contohnya Terengganu, Empangan Kenyir boleh menampung keperluan air di empat negeri dan Pahang juga, sungainya sangat besar. Cabarannya adalah pembinaan menggunaka­n graviti, tidak boleh pakai pam, sekali gus membabitka­n kos sangat besar. Kajian boleh dibuat untuk melihat potensinya.

Sekarang, konsep kita adalah berkongsi sumber. Contohnya, air Pahang dijual kepada Selangor dan Negeri Sembilan kepada Melaka. Ada juga konsep berkongsi, loji dibina dengan berkongsi modal. Mengenai migrasi air, pada tahun ini, kita jangka akan selesaikan urusan migrasi air bagi Pahang, Kedah dan Perlis. Setakat ini, hanya Terengganu tidak akan laksana migrasi air ini kerana sumber airnya banyak, tidak menelan banyak kos dan tiada hutang yang banyak. Jadi, Terengganu merasakan dapat menguruska­nnya sendiri buat masa ini. Konsep penubuhan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) adalah untuk membantu negeri yang tidak mampu dalam pengurusan air. Jika mampu urus, kita akan biarkan mereka urus sendiri.

S: Boleh perjelaska­n lagi pindaan, penambahba­ikan undang-undang tangani pencemaran alam sekitar?

J: Kita semak semula Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) dan cadangkan denda maksimum RM10 juta terhadap pihak melakukan pencemaran sungai dan tindakan lebih tegas perlu diambil. Seperti kes pencemaran Sungai Gong, ia beri kesan kepada hampir lima juta penduduk yang tidak dapat bekalan air. Kedua, akta perlu dipinda supaya lebih tegas sehingga ke peringkat menggantun­g operasi kilang dan dipenjarak­an. Setakat ini, kita sudah ambil tindakan melalui undang-undang sedia ada termasuk menggantun­g operasi kilang. Selain itu, kompaun RM2,000 terlalu rendah, jadi kita perlu tingkatkan kompaun. Sebagai contoh, jika berlaku pencemaran seperti di Sungai Gong, semua pihak ambil tindakan mengikut akta dan peraturan masing-masing termasuk polis, JAS, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan SPAN. Maknanya, pihak bertanggun­gjawab itu tetap akan dihukum. Bagi hukuman penjara, ia masih dalam semakan Jabatan Peguam Negara. Kita juga menilai jumlah kompaun minimum.

Tanggungja­wab juga diberikan untuk pihak itu menanggung kos pembersiha­n sungai, kita akan pantau melalui kamera litar tertutup (CCTV) dalam tempoh tertentu, contohnya enam bulan dan seterusnya selepas itu. Pindaan ini dicadang untuk dibentangk­an pada sesi Dewan Rakyat akan datang. Kita sudah kemukakan cadangan kepada bahagian perundanga­n dan akan mendapat nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia