Berita Harian

Rakyat, negeri perlu bersatu pacu ekonomi

Kerjasama bagi pastikan usaha dilaksana berkesan berdepan cabaran pandemik: Juhar

-

Kota Kinabalu: Rakyat dan Kerajaan Sabah perlu bekerjasam­a sebagai satu pasukan bagi memacu ekonomi negeri yang terjejas akibat penularan COVID-19, kata Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau berkata, kerjasama itu penting bagi memastikan usaha dilaksanak­an berkesan, selain kebajikan rakyat dapat dijaga dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa pandemik terbabit.

“Saya menyambut baik usaha dilaksana kerajaan dalam menangani COVID-19 dan langkah diambil bagi menjaga kebajikan rakyat,” katanya berucap pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah di Istana Negeri di sini, semalam.

Yang turut hadir, isteri beliau, Toh Puan Norlidah RM Jasni dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor bersama isteri, Datin Juliah Salag serta ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Pada majlis itu, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah dianugerah­kan Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima, mendahului senarai 17 individu menerima anugerah, semalam.

Penerima lain pada istiadat penganuger­ahan sempena Hari Jadi

Rasmi Ke-67 Yang di-pertua Negeri adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong yang turut menerima SPDK.

Sembilan penerima Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh; Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali dan Setiausaha Persekutua­n Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor.

Empat menerima Jaksa Pendamai (JP) iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan; Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam negeri, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai; Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Mairin Idang dan Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Cina Sabah, Tan Kok Jyh yang menjadi antara 679 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah itu.

Sementara itu, Juhar turut meminta semua pihak memanfaatk­an teknologi, khususnya platform dalam talian bagi kelangsung­an ekonomi rakyat dan mengambil kira keterbatas­an pergerakan akibat penularan COVID-19.

Beliau juga mahu rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatk­an tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan pandemik itu.

“Kita semua tiada pilihan untuk meneruskan kehidupan dalam norma baharu. Justeru perlu memiliki jiwa kental bagi terus berusaha gigih dan tidak mudah mengalah terutama ketika menghadapi ancaman serta cabaran,” katanya.

Juhar turut mengucapka­n tahniah atas pelantikan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu dan melahirkan keyakinan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah itu akan dapat menghadapi pelbagai cabaran bagi memajukan negeri. BERNAMA

Saya sambut baik usaha dilaksana kerajaan dalam menangani COVID-19 dan langkah diambil bagi menjaga kebajikan rakyat.

Juhar Mahiruddin,

Yang di-pertua Negeri Sabah

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Juhar memotong kek sambil diperhatik­an Hajiji (dua dari kiri) dan Bung Moktar sempena sambutan Hari Lahirnya yang ke-67, di Kota Kinabalu, semalam.
(Foto BERNAMA) Juhar memotong kek sambil diperhatik­an Hajiji (dua dari kiri) dan Bung Moktar sempena sambutan Hari Lahirnya yang ke-67, di Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia