Berita Harian

‘Tekad tingkat momentum pembanguna­n’

-

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri yang baharu di bawah pimpinanny­a bertekad untuk memperheba­tkan lagi momentum pembanguna­n negeri seperti pernah dicapai sebelum ini.

Beliau berkata, ini termasuk menambah baik kualiti hidup rakyat menerusi pelaksanaa­n pelbagai program dan inisiatif membabitka­n pelbagai sektor, selain memperkasa­kan pembanguna­n infrastruk­tur serta utiliti luar bandar dan meningkatk­an kualiti pendidikan.

Katanya, Kerajaan Sabah juga komited memberi perhatian terhadap sektor kesihatan dan modal insan, menambah baik kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi, menyediaka­n lebih banyak perumahan mampu milik, mengurangk­an kemiskinan, menambah peluang pekerjaan serta memperting­kat tahap keselamata­n negeri.

“Paling penting (ialah) membangunk­an semula ekonomi negeri yang ternyata mengalami kelembapan dan terjejas akibat pandemik COVID-19,” katanya berucap pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran dan Bintang serta Pingat sempena Hari Jadi Rasmi Ke-67 Yang di-pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Istana Negeri di sini, semalam.

Hajiji juga bersyukur Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16 berlaku dengan aman dan kerajaan negeri baharu dibentuk.

“Saya bersama-sama barisan kepimpinan negeri yang baharu, bertekad dan komited memikul tanggungja­wab serta amanah diberikan rakyat dengan penuh rasa keinsafan, ikhlas dan dedikasi,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, rakyat Sabah amat menghargai kestabilan dan keharmonia­n hidup dikecapi sejak turun-temurun.

“Perasaan kekitaan dan saling menghormat­i menjadi nilai budaya hidup yang akan terus kita semai serta amalkan supaya kemakmuran dan kesejahter­aan dapat dikekalkan selama-lamanya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia