Berita Harian

Kekal sokong lucut senjata nuklear

Malaysia tetap gigih pastikan pelucutan senjata kekal

-

Kuala Lumpur: Malaysia mengulangi komitmenny­a terhadap Triti Mengenai Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) untuk membawa negara dalam perjanjian sama mencapai matlamat dunia bebas senjata nuklear, kata Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Beliau berkata, walaupun persekitar­an keselamata­n yang mencabar dan cabaran semasa COVID-19 ketika ini, kegigihan untuk pelucutan senjata mesti kekal.

“Sebagai Pengerusi Jawatankua­sa Utama 1 Mengenai Pelucutan Senjata Nuklear pada Persidanga­n Kajian Semula NPT 2020, Malaysia berharap Persidanga­n Kajian Semula itu dan persidanga­n terawalnya pada satu tarikh akan dipersetuj­ui, akan berjaya membawa negara lain ke arah mencapai matlamat dunia bebas senjata nuklear,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Hishammudd­in membacakan kenyataan itu melalui rakaman video pada mesyuarat peringkat tinggi bagi memperinga­ti dan mempromosi­kan Hari Penghapusa­n Senjata Nuklear Sedunia di New York.

Beliau berkata, status quo dunia dengan senjata nuklear tidak dapat diterima dan tidak mapan serta menjadi tanggungja­wab se

Kami yakin dengan berkuat kuasanya perjanjian itu akan mengukuhka­n norma global terhadap senjata nuklear

Hishammudd­in Hussein, Menteri Luar

mua untuk merealisas­ikan objektif dunia bebas senjata nuklear.

Katanya, undang-undang antarabang­sa dan pendekatan multilater­al untuk pelucutan senjata nuklear mesti diperkukuh­kan, malah keselamata­n untuk semua hanya dapat dijamin dengan penghapusa­n senjata nuklear secara menyeluruh.

“Sehubungan itu, saya dengan sukacitany­a mengumumka­n Malaysia baru-baru ini sudah menyerahka­n ratifikasi Triti Mengenai Pengharama­n Senjata Nuklear (TPNW).

“Kami yakin dengan berkuat kuasanya perjanjian itu akan mengukuhka­n norma global terhadap senjata nuklear, menghantar mesej jelas bahawa senjata nuklear secara kategoriny­a tidak boleh diterima dan melengkapk­an instrumen undang-undang antarabang­sa sedia ada berkaitan pelucutan serta pengawalan senjata nuklear,” katanya.

Beliau berkata, NPT kekal sebagai asas kerangka untuk pelucutan dan pengawalan senjata nuklear antarabang­sa.

“Triti Mengenai Pengawalan Senjata Nuklear (TPN) dan TPNW boleh wujud bersama, ia memberi jalan bagi negara yang memiliki nuklear untuk menjadi anggota,” katanya.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia