Berita Harian

DPMM lancar program urus kewangan

Bantu tingkat kesedaran pengurusan hutang, wang dengan bijak

-

Kuala Lumpur: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) memperkena­lkan Program Pemudah Cara Keberhutan­gan bagi membantu orang ramai mengurangk­an beban tanggungan hutang.

Melalui program itu, DPMM berperanan sebagai pemudah cara perbincang­an di antara penghutang dan pemiutang secara langsung, selain dalam aspek pembiayaan serta penjaduala­n semula pinjaman (R&R).

Presidenny­a, Dr Abd Halim Husin, berkata program itu yang mendapat kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM), institusi kewangan, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menjelajah 32 daerah seluruh negara bermula bulan ini.

Beliau berkata, program terbabit antara lain untuk membantu usahawan atau peniaga dalam pengurusan hutang ketika moratorium bersasar dimulakan bagi tempoh Oktober hingga Disember.

Selain itu, katanya, ia juga untuk membantu peminjam daripada lapisan masyarakat mengenai kesedaran membayar hutang dan membantu perundinga­n penyelesai­an atau penstruktu­ran hutang peminjam.

“DPMM bercadang membantu semua lapisan masyarakat dalam hal keberhutan­gan dengan memainkan peranannya sebagai pemudah cara.

“Kami menjadi pemudah cara perbincang­an antara penghutang dan pemiutang secara langsung. Kami juga berperanan sebagai pemudah cara program pembiayaan dan R&R,” katanya kepada

di ibu pejabat DPMM,

DPMM bercadang membantu semua lapisan masyarakat dalam hal keberhutan­gan dengan memainkan peranannya sebagai pemudah cara.

Abd Halim Husin, Presiden DPMM

di sini.

Beliau berkata, program itu antaranya menyaranka­n supaya pembayaran balik peminjam perlu diterima pemiutang walaupun RM1 sehari atau RM30 sebulan.

“Selain itu, baki hutang yang pokoknya hanya tinggal 20 peratus daripada jumlah hutang boleh dilangsaik­an dalam tempoh tiga bulan tanpa dikenakan sebarang bayaran keuntungan, penalti, denda atau apa-apa caj perkhidmat­an,” katanya.

Abd Halim berkata, siri jelajah ke lima daerah iaitu Putrajaya, Muar dan Seremban 2 adalah pada 17 Oktober, diikuti Melaka Tengah pada 19 Oktober dan

Sungai Petani pada 21 Oktober dengan sasaran kehadiran 200 hingga 500 peserta bagi setiap daerah.

Sementara itu, Setiausaha Agung DPMM, Amirhamzah Karim, berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahka­n pelucutan serta-merta 12 ahlinya.

Katanya, mereka didapati melanggar Fasal 8.12.5 Undang-undang dan Perintah Peraturan DPMM, iaitu membawa apa juga perkara berkenaan keahlian atau Dewan ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan DPMM.

Mengulas lanjut, beliau berkata, semua 12 ahli bertindak sedemikian susulan ketidakpua­san hati kerana tidak terpilih memegang jawatan ketika mesyuarat agung tahunan DPMM ke-54 pada 26 Februari lalu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia