Berita Harian

MOSTI tambah baik khidmat terpilih kerajaan

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melancarka­n program ‘Myhackatho­n’ 2020 dengan fokus mencari penyelesai­an segera dalam menambah baik perkhidmat­an terpilih kerajaan yang terkesan akibat COVID-19.

Program diterajui Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) ini antara inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam mencipta penyelesai­an digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Rafiza Ghazali, berkata program itu diwujudkan untuk usahawan dan bakal usahawan melahir serta meraikan semangat tekad menghasilk­an idea penyelesai­an kreatif bagi membantu menambah baik perkhidmat­an awam, sekali gus meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Katanya, pemenang siri Myhackthon 2020 akan menerima geran mengikut kategori disediakan.

“Myhackatho­n 2020 menyediaka­n ekosistem untuk technopren­eur permulaan dan sedia ada mendapat pendedahan, dipupuk serta berkembang dengan sokongan kementeria­n dan agensi yang mengambil bahagian.

“Mereka yang berumur 18 tahun ke atas boleh berkolabor­asi dalam pasukan dua hingga lima orang dan menyertai secara suka-suka bagi menyuaraka­n idea atau dengan memberi komitmen jangka panjang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Myhackatho­n 2020 di sini, semalam.

Rafiza berkata, setakat ini pihaknya menerima 520 permohonan dan Cradle Fund memperuntu­kkan dana RM15 juta bagi program Myhackatho­n 2020.

Myhackatho­n 2020 terbahagi kepada dua kategori, Sprint dan Marathon. Kategori Sprint Ideation’ terbuka kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, manakala Marathon untuk mereka yang komited melihat perubahan dan menyelesai­kan masalah yang sudah dikenal pasti.

Pemenang kategori Marathon akan terus dapat membina penyelesai­an dalam masa 12 bulan sehingga mencapai tahap perintis.

Secara keseluruha­n, sepanjang siri Myhackthon 2020, seramai 18 pemenang daripada kategori Sprint bakal memenangi sehingga RM10,000 setiap kumpulan, manakala geran bersyarat sebanyak RM250,000 daripada Cradle Fund pula bakal dimiliki 18 pemenang kategori Marathon.

Myhackatho­n 2020 menyediaka­n ekosistem untuk technopren­eur permulaan dan sedia ada mendapat pendedahan, dipupuk serta berkembang dengan sokongan kementeria­n dan agensi yang mengambil bahagian.

Rafiza Ghazali,

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia