Berita Harian

Ambil upah isi jamu hendak masuk universiti

Gadis terpaksa tolak tawaran sebelum ini akibat kemiskinan

- Oleh Syaherah Mustafa bhnews@bh.com.my

Rantau Panjang: Masalah kemiskinan menyebabka­n seorang gadis di sini terpaksa menolak tawaran universiti, namun impiannya untuk menjejakka­n kaki ke menara gading tidak pernah padam.

Bagi mencapai hasrat itu, Nur Fathiah Hasny, 20, mengambil upah mengisi jamu dalam kapsul bagi menampung kehidupann­ya di kampus selepas ini.

“Saya tidak mahu lagi tolak tawaran ke universiti kerana masalah kewangan, sebaliknya berusaha cari duit walaupun pendapatan hasil kerja mengisi jamu ini tidak seberapa,” katanya ketika ditemui di rumah sewa keluargany­a di Taman Rantau Mas, di sini, semalam.

Sedar kepentinga­n ilmu demi merubah masa depan keluarga, anak sulung daripada lima beradik itu menerima tawaran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan dalam jurusan Sarjana Muda Pengajian Sunnah dan Pengurusan Maklumat.

Katanya, pendapatan yang diperoleh hanya RM8 hingga RM20 sehari, tetapi ia tetap besar buatnya untuk dijadikan simpanan walaupun terpaksa menghabisk­an masa seharian mengisi jamu demi mengejar cita-cita ke universiti.

“Saya bukan anak orang senang, ibu hanya suri rumah yang ada masa menerima

Nur Fathiah menunjukka­n

tempahan membuat ketupat, manakala ayah bekerja buruh dengan pendapatan tidak menentu ditambah pula dia mempunyai sakit saraf yang boleh menyerang bila-bila masa sahaja.

“Sebelum ini saya menolak tawaran ke universiti kerana memikirkan ibu dan ayah tiada wang, tetapi kali ini saya nekad kerana sedar kepentinga­n ilmu untuk merubah kehidupan yang lebih baik.

“Sejujurnya, ada masa saya rasa berputus asa mahu menyiapkan sehingga lebih 1,000 kapsul jamu sehari, tetapi tetap kuatkan semangat demi mencari wang,” katanya.

Nasib Nur Fathiah mendapat perhatian Yayasan Raja Shamri melalui Thirdforce Rantau Panjang yang membantu memberi sumbangan kewangan bagi menampung yuran pendaftara­n termasuk menyediaka­n kelengkapa­n sebelum dia mendaftar pada 15 Oktober ini.

Gadis berkenaan bersyukur kerana yayasan itu banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan moral, sekali gus menaikkan lagi semangatny­a untuk menyambung pelajaran bagi merubah kehidupan dia sekeluarga.

“Melihat wajah ibu dan ayah kadangkala membuat hati sayu, namun saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh, selain memohon doa mereka.

“Insya-allah, saya akan manfaatkan peluang ini sebaiknya, selain berusaha mendapatka­n keputusan cemerlang supaya mendapat pekerjaan kelak,” katanya.

Saya tidak mahu lagi tolak tawaran ke universiti kerana masalah kewangan, sebaliknya berusaha cari duit walaupun pendapatan hasil kerja mengisi jamu ini tidak seberapa.

Nur Fathiah Hasny, Pelajar

 ?? (Foto Syaherah Mustafa/bh) ?? Nur Fathiah ditemani ibunya, mengisi jamu ke dalam kapsul ketika ditemui di rumahnya di Taman Rantau Mas, semalam.
(Foto Syaherah Mustafa/bh) Nur Fathiah ditemani ibunya, mengisi jamu ke dalam kapsul ketika ditemui di rumahnya di Taman Rantau Mas, semalam.
 ??  ?? Nilai. surat tawaran belajar di USIM,
Nilai. surat tawaran belajar di USIM,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia