Berita Harian

Dua wanita rugi RM56,450 ‘ditakutkan’ Macau Scam

-

Kepala Batas: Dua wanita kerugian RM56,450 selepas ditipu sindiket Macau Scam dengan menakutkan mangsa apabila mendakwa mereka terbabit dalam aktiviti jenayah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pesara kerajaan berusia 70-an itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memperkena­lkan diri sebagai kakitangan pos di Seremban, Negeri Sembilan.

“Lelaki itu memberitah­u mangsa mempunyai bungkusan dan di dalamnya terdapat lapan kad kredit, sebelum panggilann­ya disambungk­an kepada anggota polis berpangkat ‘Sarjan’.

“Mangsa didakwa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan kes dadah serta salah seorang suspek yang terbabit dengan mangsa sudah ditahan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, suspek itu meminta mangsa memindahka­n semua wang untuk tujuan siasatan dan wanita terbabit sekadar mengikut arahan kerana terlalu takut.

“Tanpa berfikir panjang, mangsa membuat lima transaksi melalui mesin juruwang automatik (ATM) ke dalam dua akaun bank yang diberikan berjumlah RM49,490,” katanya.

Noorzainy berkata, kes kedua pula membabitka­n pembantu jualan berusia 27 tahun yang memberikan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) kepada seorang lelaki kononnya seorang anggota polis.

Katanya, mangsa sebelum itu diugut akan dipenjara kerana melakukan kesalahan jenayah.

“Pada mulanya mangsa menerima panggilan daripada kakitangan pos memaklumka­n terdapat bungkusan di dalamnya mempunyai kad pengenalan dan kad ATM dikatakan ada kaitan dengan kes jenayah.

“Akibatnya, wang simpanan mangsa berjumlah RM6,960 lesap,” katanya kedua-dua mangsa menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Di Kuantan, seorang penjawat awam kerugian RM23,430 selepas menyerahka­n nombor TAC kepada individu yang menyamar sebagai pegawai bank sebelum wang itu dipindahka­n daripada tiga akaun milik mangsa, kelmarin.

Mangsa penipuan Macau Scam berusia 49 tahun itu menerima panggilan daripada individu terbabit kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa didakwa membuat transaksi sebelum dihubungi pegawai bank yang memaklumka­n kad kredit miliknya mempunyai tunggakan sebanyak RM4,778.90.

“Mangsa kemudian menghubung­i bank di talian yang diberikan dan bercakap dengan seorang lelaki dikenali dengan panggilan Mr Lee dan meminta mangsa menyerahka­n butiran akaun bank untuk semakan.

“Ketika sedang bercakap, Mr Lee meminta menyerahka­n TAC dan mangsa tanpa berfikir panjang terus berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat semakan secara dalam talian dan mendapati dua akaun miliknya berkuranga­n sebanyak RM18,430.

“Sebanyak RM5,000 dikeluarka­n daripada akaun kad kredit mangsa. Mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Temerloh petang kelmarin dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Suspek itu meminta mangsa memindahka­n semua wang untuk tujuan siasatan dan wanita terbabit sekadar mengikut arahan.

Noorzainy Mohd Noor, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara

 ??  ?? disiarkan BH, semalam.
disiarkan BH, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia