Berita Harian

Dentuman kuat seakan gempa

Penghuni pangsapuri lalui detik cemas, tebing berdekatan kediaman runtuh

-

Keadaan tingkat bawah

Kuala Lumpur: “Saya terbangun daripada tidur selepas dikejutkan dengan satu dentuman kuat dan lantai rumah bergegar seakan gempa bumi,” kata seorang mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah pangsapuri Persiaran Syed Putra, di sini.

Mangsa kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Sarah, 16, berkata ketika kejadian dia tertidur selepas menonton televisyen di ruang tamu.

“Saya tertidur di atas sofa dan terkejut mendengar dentuman itu, terus ke bilik ibu kerana ketakutan. Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya bersama ibu meninjau ke luar tingkap dan mendapati tanah dari tebing atas sudah runtuh,” katanya.

Sarah berkata, dia terbangun pada jam 9.45 malam dan bergegas melakukan pemeriksaa­n serta melihat tanah sudah memenuhi bahagian luar rumahnya.

“Akibat hentakan tanah runtuh itu, saya melihat perabot dan barangan peribadi dalam rumah berselerak, manakala sebuah pintu kaca juga pecah,” katanya yang masih trauma dengan kejadian yang berlaku Khamis lalu.

Seorang lagi mangsa, Raymond Lee, 45, berkata beliau sekeluarga mengambil keputusan tinggal di hotel kerana bimbang keadaan tanah yang masih belum stabil.

“Tanah runtuh di pangsapuri ini pernah berlaku 10 tahun lalu, namun tidak seteruk ini sehingga bergegar rumah dibuatnya.

“Sebenarnya tanah runtuh ini berlaku kerana tebing tanah tidak begitu kukuh dan menunggu masa untuk runtuh serta tidak mendapat perhatian pihak berwajib,” katanya.

Sementara itu, sumber polis daripada Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s menyatakan orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan pangsapuri berkenaan.

“Kawalan dilakukan di kawasan berkenaan sejurus kejadian bagi menjaga barangan awam dan keselamata­n penduduk kawasan sekitar,” katanya sambil menambah punca tebing runtuh masih dalam siasatan.

Khamis lalu, 11 penghuni di sebuah pangsapuri tiga tingkat di Persiaran Syed Putra berdepan detik cemas apabila tebing tanah berhampira­n kediaman mereka runtuh akibat hujan lebat .

Semua penghuni rumah terbabit dinasihatk­an meninggalk­an kediaman mereka atas faktor keselamata­n selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat penilaian ia tidak selamat diduduki. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Persiaran Syed Putra di Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Pangsapuri Persiaran Syed Putra di Taman Persiaran Desa, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? dipenuhi tanah runtuh.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) dipenuhi tanah runtuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia