Berita Harian

Lumpur masuk rumah setiap kali hujan lebat

-

Gua Musang: “Kami sudah tidak tahan, setiap kali hujan lebat, lumpur masuk ke dalam rumah,” kata warga emas, Ab Rahman Ali, 84, iaitu antara 12 keluarga di Rumah Kekal Baharu (PKB) yang mendiami perumahan mangsa banjir di Kampung Simpang Pulai, dekat sini, dan terdedah hakisan bukit serta limpahan lumpur.

Beliau berkata, sejak tinggal di perumahan itu empat tahun lalu, kawasan itu bukan saja kerap berlaku limpahan lumpur, tetapi berisiko bukit runtuh.

Malah, katanya, kadangkala ketika sedang tidur, hujan lebat yang berlaku pada jam 2 akan disusuli dengan limpahan lumpur dari bukit berhampira­n akan memasuki rumah.

“Keadaan yang turut membimbang­kan kami suami isteri, apabila ada beberapa pokok getah semakin condong dan menunggu masa tumbang ke atas rumah.

“Jika hujan lebat dan ribut, kami berada di luar rumah untuk menyelamat­kan diri jika berlaku kejadian tidak diingini,” katanya, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Siti Hamidah Mamat, 68, pula berkata, beberapa rumah kosong masih lagi dipenuhi lumpur sejak lebih empat tahun lalu.

Katanya, mereka yang mendapat rumah lapan pintu di situ bimbang untuk tinggal di rumah terbabit kerana kerap dimasuki lumpur.

“Lagipun, rumah di situ termasuk rumah kami tidak ada jalan lebih lebih selamat kerana pintu berdepan dengan bukit,” katanya.

Dia berkata, risiko banjir lumpur dan hakisan bukit lebih kerap, terutama ketika hujan musim tengkujuh.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata masalah itu sudah dirujuk kepada pihak terbabit.

“Saya sendiri yang selalu memantau perkara itu turut bimbang dengan keselamata­n penghuni di kawasan berkenaan apabila hujan lebat,” katanya.

Jika hujan lebat dan ribut, kami berada di luar rumah untuk menyelamat­kan diri jika berlaku kejadian tidak diingini.

Ab Rahman Ali,

Rumah PKB

 ?? (Foto Ramli Ibrahim/bh) ?? yang tiada penghuni dipenuhi lumpur sejak empat tahun lalu.
(Foto Ramli Ibrahim/bh) yang tiada penghuni dipenuhi lumpur sejak empat tahun lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia