Berita Harian

108,041 permit umrah dikeluarka­n

1,000 petugas turut dilantik urus jemaah di Masjidilha­ram

-

Makkah: Sebanyak 108,041 permit umrah dikeluarka­n dalam tempoh 27 September hingga 1 Oktober lalu, sejak aplikasi I'tamarna dilancarka­n, menurut statistik rasmi Kementeria­n Haji dan Umrah Arab Saudi.

Daripada jumlah itu, 42,873 permit yang diluluskan membabitka­n penduduk Arab Saudi, manakala 65,168 lagi dalam kalangan warga asing, lapor agensi berita Arab News.

Dalam tempoh sejam aplikasi itu dilancarka­n, 16,000 jemaah sudah mendaftar dengan jumlah keseluruha­nnya mencecah 309,686 orang pada penghujung minggu pertama ia dibuka.

Ini termasuk 224,929 pendaftara­n jemaah dan 84,757 lagi dalam kalangan mahram mereka.

Statistik turut menunjukka­n, jemaah berumur lingkungan 51 hingga 60 tahun mencatatka­n peratusan terendah iaitu lapan peratus, diikuti 41 hingga 50 tahun (14 peratus), 20 hingga 30 tahun (17 peratus), 31 hingga 40 tahun (26 peratus) dan melebihi 60 tahun (35 peratus).

Ketua Bahagian Hal Ehwal bagi Masjidilha­ram dan Masjid Nabawi memberitah­u Arab News, terdapat beberapa senario yang digunakan bagi menguruska­n pergerakan jemaah dalam musim umrah dengan pendekatan norma baharu ini.

Mengikut senario pertama, jemaah akan disusun mengikut pergerakan secara lingkaran dari bahagian luar hingga dalam Masjidilha­ram dan keduanya, jemaah akan dibahagika­n mengikut 50 kumpulan dengan dipantau petugas.

Mengikut kementeria­n, fasa pertama akan dijalankan selama 13 hari, manakala bagi fasa kedua, permit umrah akan dikeluarka­n bagi membenarka­n jemaah solat di Masjidilha­ram dan Masjid Nabawi, diikuti fasa ketiga yang membolehka­n jemaah dari negara luar menunaikan ibadat itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Hal Ehwal Kewangan dan Pentadbira­n, Dr Saad Mohammed Al-mohaimeed, dalam satu sidang media baru-baru ini berkata, 1,000 petugas umrah sudah dilantik bagi menguruska­n jemaah yang berada di Masjidilha­ram bagi pelaksanaa­n ibadat itu.

 ?? (Foto Arab News) ?? Beberapa fasa telah disusun untuk mengatur pergerakan jemaah di dalam Masjidilha­ram sepanjang musim umrah yang luar biasa tahun ini.
(Foto Arab News) Beberapa fasa telah disusun untuk mengatur pergerakan jemaah di dalam Masjidilha­ram sepanjang musim umrah yang luar biasa tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia