Berita Harian

Remdesivir didakwa jejas buah pinggang

Ubat antiviral masih peringkat ujian rawat COVID-19

-

The Hague: Agensi Perubatan Eropah (EMA) sedang menyiasat laporan kemungkina­n berlaku kerosakan buah pinggang yang teruk pada pesakit mengambil ubat antiviral, remdesivir.

“Jawatankua­sa Keselamata­n EMA mula menilai laporan kecederaan buah pinggang yang teruk dalam kalangan beberapa pesakit COVID-19.

“Difahamkan mereka mengambil ubat antiviral berkenaan (remdesivir),” menurut agensi itu dalam satu kenyataan.

Kata EMA lagi, belum dapat ditentukan secara jelas sama ada terdapat kaitan masalah buah pinggang dengan remdisivir yang dihasilkan syarikat farmaseuti­kal gergasi Amerika Syarikat (AS), Gilead.

Bagaimanap­un, agensi itu mengesyork­an penggunaan ubat antiviral yang dijual dengan jenama Veklury pada Jun lalu, selepas kajian menunjukka­n ia dapat mengurangk­an tempoh rawatan di hospital bagi pesakit COVID-19.

Mengulas lanjut, EMA berkata, jangkitan COVID-19 boleh mengakibat­kan kecederaan pada buah pinggang dan syor penggunaan ubat antiviral itu tidak berubah buat masa sekarang.

Tambah agensi terbabit, kebenaran menggunaka­n ubat antiviral itu bagi pesakit COVID-19 diperoleh menerusi ‘jalan pintas’ dengan alasan ujian lebih lanjut akan dijalankan.

Katanya, jika terdapat kaitan dengan masalah buah pinggang, maka risalah bagi memberi amaran kepada pengguna mengenai kemungkina­n kesan sampingan akan disertakan bersama ubat antiviral itu.

Bagaimanap­un, Pengarah Prakelayak­an dan Peraturan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Emer Cook, memaklumka­n remdesivir masih pada peringkat ujian percubaan.

“Kita berhubung rapat dengan EMA dan kami mengikuti setiap penyelidik­an yang mereka lakukan.

“Setakat yang saya faham, siasatan ini berada pada tahap awal pembanguna­n tetapi kami akan menghubung­i dan memastikan hasil ujian selanjutny­a yang dilakukan EMA,” katanya. AFP

Ubat antiviral

 ?? (Foto Google) ?? remdesivir keluaran Gilead.
(Foto Google) remdesivir keluaran Gilead.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia