Berita Harian

Trump diberi antibodi percubaan

-

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menerima rawatan antibodi eksperimen bagi jangkitan COVID-19 dan keadaannya ‘lemah tetapi baik’, kata doktor kelmarin.

Beliau menerima satu dos antibodi Regeneron, berdasarka­n surat yang dikeluarka­n doktor di Rumah Putih, Sean Conley.

“Kaedah rawatan ini masih menjalani ujian klinikal, tetapi belum mendapat sebarang bentuk kelulusan.

“Presiden AS sedang dinilai sekumpulan pakar dan kita akan membuat cadangan kepada Trump serta isteri mengenai langkah terbaik,” kata Conley.

Khamis lalu, Trump memaklumka­n beliau serta isterinya, Melania, positif COVID-19 dan akan menjalani kuarantin.

“Malam ini, @FLOTUS (Melania Trump) dan saya disahkan positif COVID-19. Kami akan memulakan proses kuarantin dan pemulihan. Kami akan dapat mengharung­inya bersama.

“Saya mahu mengucapka­n terima kasih kepada semua yang memberi sokongan luar biasa,” katanya menerusi mesej video

Trump dan Melania

pendek di Twitter kelmarin.

Beliau membuat mesej berkenaan sebaik tiba di Hospital Walter Reed, sebuah hospital tentera di luar Washington dengan helikopter bagi menjalani rawatan COVID-19.

Terdahulu, Trump menerusi Twitter mengesahka­n seorang pembantuny­a, Hope Hicks disahkan positif COVID-19.

Hicks, 31, mengembara dengan Trump beberapa kali minggu ini, termasuk ketika menaiki kapal Marine One, helikopter presiden, untuk kempen pemilihan presiden Rabu lalu.

Awal minggu ini, Regeneron mengumumka­n hasil satu daripada kajian tahap awalnya yang menunjukka­n suntikan ubat itu mengurangk­an kesan virus dan masa pemulihan pada pesakit COVID-19 yang tidak dimasukkan ke hospital.

Presiden merangkap Ketua Saintis Regeneron, George Yancopoulo­s, berkata pihaknya sudah mula membincang­kan penemuan mereka dengan pihak berkuasa dan akan meneruskan kajian yang sedang dilakukan. AFP

 ??  ?? maklumkan positif COVID-19 Khamis lalu.
maklumkan positif COVID-19 Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia