Berita Harian

Presiden Perancis janji perangi radikal Islam

Pengawasan lebih ketat di sekolah agama, kawal dana masjid dari luar negara

-

Paris: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengumumka­n pelaksanaa­n pengawasan lebih ketat di sekolah agama dan mengawal pembiayaan dana masjid dari negara luar bagi mengelakka­nnya disalah guna untuk menaja keganasan.

Katanya, usaha mempertaha­nkan nilai sekular bagi menentang kumpulan radikal Islam itu antara lain merangkumi cadangan mengasingk­an agama daripada pendidikan dan sektor awam di Perancis, mengikut lapor agensi berita BBC.

Macron, dalam ucapannya, menegaskan minoriti umat Islam di Perancis yang dianggarka­n enam juta orang berada dalam bahaya akibat ancaman pembentuka­n ‘masyarakat kontra’.

Sehubungan itu, beliau mengakui berada di bawah tekanan untuk menangani radikal Islam di tengah kebimbanga­n mengenai keselamata­n negara itu.

Perancis mempunyai peratusan penduduk Islam terbesar di Eropah Barat dan banyak aduan diterima berkaitan tindakan pihak berkuasa menggunaka­n sekularism­e untuk menyasarka­n mereka secara khusus, misalnya larangan berhijab.

Bercakap di luar Paris semalam, Macron berkata, radikal Islam berbahaya bagi negaranya kerana pergerakan itu berkeras mahukan undang-undangnya sendiri mengatasi yang lain dan ‘kerap membentuk masyarakat kontra’.

Beliau mendakwa pegangan seumpamany­a sering diterapkan kepada anak yang tidak bersekolah dan menerusi kegiatan sukan, budaya serta acara kemasyarak­atan lain.

“Ini menjadi dalih mereka untuk mengajar prinsip yang tidak sesuai dengan undang-undang negara ini dan membudayak­an amalan itu dalam kalangan kanak-kanak.

“Islam adalah agama yang berada dalam krisis di seluruh dunia hari ini dan bukan kita sahaja melihatnya berlaku di negara ini,” katanya.

Langkah diumumkan Presiden itu bertujuan membentuk satu perundanga­n yang akan dibentangk­an di Parlimen sebelum akhir tahun ini.

Ia merangkumi pemantauan lebih ketat terhadap pertubuhan sukan dan persatuan lain supaya mereka tidak diperalatk­an bagi menyebarka­n Islam radikal.

Selain itu, amalan penghantar­an imam dari negara luar untuk berkhidmat di Perancis akan ditamatkan, manakala pengawasan saluran dana bagi pembiayaan masjid akan diperketat­kan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia