Berita Harian

BELUM BERTEMU 'MR RIGHT'

Hanya gimik terima cincin pemberian Syazwan, tiada hubungan istimewa

-

Lebih sedekad hidup solo selepas ikatan perkahwina­nnya terlerai, pelakon drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaik­u 2, Wan Sharmila Wan Muhamed masih belum menemui calon sesuai untuk dijadikan teman hidup.

Wan Sharmila atau lebih selesa disapa Lala berkata, dia sudah bersedia membuka hati untuk menerima kehadiran insan baru, namun hingga kini belum berjumpa dengan 'Mr Right'.

Mengulas dirinya yang kini hangat dikaitkan dengan Syazwan Zulkifly selepas berganding­an dalam drama itu, Lala mendedahka­n, hubungan mereka tidak lebih sekadar kawan.

Katanya, dia selesa berkawan, malah sudah menganggap aktor berkulit hitam manis itu seperti ahli keluarga sendiri memandangk­an mereka kerap digandingk­an bersama dalam pelbagai drama dan telefilem sebelum ini.

Cetus spekulasi

Bagaimanap­un, kata Lala, waktu itu tiada siapa yang mengaitkan mereka berdua berbanding selepas drama 7 Hari Mencintaik­u 2 ditayangka­n hingga mencetuska­n spekulasi dan ramai yang mendoakan mereka berdua bertemu jodoh.

“Saya tidak boleh rimas kerana ini adalah asam garam sebagai seorang pelakon. Cuma, saya kurang selesa apabila ada peminat komen berlebihan dalam laman sosial, malah ada yang minta saya mohon maaf kepada Syazwan kerana tidak melayannya dengan baik.

“Saya tak berani komen lebih kerana takut tersalah cakap. Jika kata tidak suka pada Syazwan, bimbang orang fikir lain. Jadi, saya terima sahaja demi peminat. Saya seronok membaca setiap komen mereka walaupun kadang kala terusik, namun saya cuba terima secara positif.

“Saya tak kisah jika peminat meletakkan harapan setinggi gunung untuk drama, tetapi bukan dalam kehidupan sebenar kami,” ujar pelakon berusia 39 tahun ini.

Ditanya apakah yang membuatkan dirinya rimas apabila kerap dikaitkan dengan Syazwan? Adakah kerana perlu menjaga hati seseorang, Lala yang mula mencipta nama menerusi drama rantaian, Tari Tirana menafikan perkara itu.

“Tidak, bukan sebab ingin menjaga hati sesiapa. Buat masa ini, saya tak mempunyai insan yang istimewa dalam hidup. Saya belum lagi bertemu lelaki yang sesuai. Cuma, saya kurang selesa apabila sering dikaitkan Syazwan.

“Selain itu, saya bimbang kehidupan peribadi terganggu akibat ketaksuban peminat. Saya tidak mahu peminat marah seandainya melihat saya bersama dengan orang lain, begitu juga dengan Syazwan. Sedangkan, kami tiada hubungan istimewa

Lala berkata, dia dan Syazwan jarang berjumpa. Mereka hanya bertemu atas dasar kerja dan selepas itu, mereka langsung tidak pernah berhubung.

Namun, katanya, dia tak boleh menghalang peminat daripada mengaitkan mereka, sebaliknya menganggap mungkin terselit hikmah di sebaliknya.

“Saya bersyukur dan menganggap setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Saya anggap mungkin Allah hendak beri rezeki yang lebih besar buat saya. Jadi, saya hanya mahu memandangk­an dari sudut positif.

“Saya berharap peminat memberikan sokongan kepada kami disebabkan hasil kerja, bukannya suka melihat saya dan Syazwan menjalin hubungan serius. Kami harap mereka menyokong apa sahaja produk kami,” kata Lala lagi.

Sementara itu, menjawab mengenai cincin pemberian Syazwan seperti yang dipaparkan dalam satu video menerusi Instagram, baru-baru ini, Lala berkata, itu hanyalah gimik ulasan produk yang tidak mendatangk­an apa-apa maksud.

“Jangan salah anggap, ia sebenarnya hanyalah ulasan untuk jenama cincin. Tiada apa-apa pun sebenarnya, Syazwan memang begitu. Dari dahulu, ramai suka mengusik kami mungkin sebab kami berdua solo.

“Berbeza dengan Siti Saleha dan Syukri Yahaya, orang tidak mengaitkan mereka kerana sudah berumah tangga,” katanya.

Biarpun langkahnya dalam program realiti, Big Stage 2020

terhenti pada peringkat suku akhir, namun penyanyi Dr Hafiz Zainal, 28, enggan menoleh ke belakang lagi.

Sebaik melangkah keluar daripada program itu, Hafiz yang juga seorang doktor gigi memaklumka­n bakal menyambung cuti lebih panjang. Bukan setakat tiga bulan seperti yang dimaklumka­nnya demi memberikan fokus yang lebih serius kepada bidang nyanyian.

Mengulas lanjut perkara itu, Hafiz berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharu bersama syarikat pengurusan yang dinaunginy­a, Rhythm & Rhyme Entertainm­ent yang dimiliki pasangan suami isteri, Akim dan Stacy.

“Sebenarnya melodi untuk lagu terbaharu sudah ada sebelum konsert minggu keenam lagi. Insya-allah, saya akan masuk studio untuk proses rakaman, tidak lama lagi. Bagi memberi fokus kepada single

terbaru, saya akan menyambung cuti sebagai doktor gigi.

“Single terakhir saya menemui pendengar pada tahun lalu. Jadi, sementara orang masih mengenali saya selepas menyertai program

Big Stage, saya ingin menggunaka­n kesempatan melahirkan single

terbaharu.

“Tidak dinafikan, ramai tidak tahu saya pernah memiliki beberapa single, tetapi kurang mendapat sambutan. Nama saya mula dikenali selepas penyertaan dalam program

Big Stage, jadi saya tidak mahu melepaskan peluang yang ada,” kata Hafiz kepada B*POP.

Mahu buka klinik gigi

Bagi memberi tumpuan sepenuhnya pada bidang nyanyian, Hafiz berhasrat untuk tidak menyambung kontrak di klinik gigi yang bakal tamat pada November depan. Bukan ingin melupakan kerjaya berkenaan, sebaliknya bekas peserta Bintang RTM 2018 itu merancang membuka kliniknya sendiri pada tahun depan.

Katanya, lebih mudah untuknya memberikan masa antara kerjaya hakiki dan bidang nyanyian selepas memiliki klinik gigi sendiri.

“Insya-allah, saya merancang memiliki klinik sendiri tahun depan. Sebenarnya tempat kerja sekarang masih menawarkan saya menyambung kontrak, tetapi saya buat keputusan tidak sambung kontrak bagi mengelak timbul masalah.

“Kontrak akan tamat pada November depan. Sementara menanti membuka klinik, saya ingin memberikan fokus pada kerjaya nyanyian. Tumpuan saya untuk pembikinan single baharu.

“Selain itu, saya juga ingin memastikan promosi untuk single baharu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

“Pun begitu, saya tidak akan meninggalk­an kerjaya sebagai doktor kerana ia memang minat saya sejak dahulu. Cuma, saya tidak mahu orang mengenali saya sebagai doktor gigi, sebaliknya nampak saya sebagai penyanyi.

“Alhamdulil­lah selepas penyertaan dalam program Big Stage, saya sudah mula nampak orang tidak lagi mengaitkan saya sebagai doktor. Sebaliknya, mereka mula mengenali saya sebagai penyanyi,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya menyertai program realiti Big Stage, biarpun kecundang dan tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir, Hafiz bersyukur, dia meninggalk­an pentas berkenaan dengan bermaruah.

Katanya, walaupun agak kecewa, tetapi gembira apabila penonton mempertika­ikan keputusan penyingkir­annya pada malam suku akhir program itu.

“Saya bersyukur ramai mempertika­ikan penyingkir­an saya. Pada mereka, saya tidak sepatutnya tersingkir pada malam itu. Daripada respon netizen di Twitter, ramai yang suka dengan persembaha­n dan tidak berpuas hati dengan keputusan malam itu.

“Ia satu kepuasan buat saya apabila persembaha­n terakhir berjaya memberikan impak kepada penonton. Itu membuktika­n saya mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada masyarakat. Belum tentu jika saya melangkah ke peringkat akhir, saya mampu meninggalk­an impak besar,” kata anak muda kelahiran Johor Bahru itu.

 ??  ??
 ??  ?? Hubungan Sharmila dan Syazwan hanya sekadar kawan
Hubungan Sharmila dan Syazwan hanya sekadar kawan
 ??  ?? Hafiz berhasrat membuka klinik gigi milik sendiri. Foto IG Drhafizzai­nal
Hafiz berhasrat membuka klinik gigi milik sendiri. Foto IG Drhafizzai­nal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia